2 Các câu trả lời

Elakkan overthinking dgn sibukkan diri dgn perkara bermanfaat dan buat apa yg kita suka. Saya pun ambil pil perancang, awal2 tak rasa nak bersama pun. Dah masuk 5 bulan, saya dah blh adapt kehidupan baru sbg seorang ibu dan isteri yg mempunyai anak, dah masuk 6 bulan semakin ok sbb saya czer, jd dah boleh buat kerja2 lain. Emosi pun stabil. Dah boleh hadapi penat, ragam anak dan diri. Saya tak sempat nak overthinking sbb sibuk mengasuh anak dan sibuk mencari ilmu penjagaan diri slps bersalin, penjagaan anak, penyusuan, tenangkan dan tidurkan anak, pemakanan anak, edu-play anak. Banyak tau nak kena belajar. Kadang saya yg ingatkan diri utamakan suami drpd anak sbb sy masak makanan anak dulu drpd makanan kami berdua 😅 Akhirnya kami yg lapar, stress layan anak dan hampir gaduh. So , seimbangkanlah... jika stress,/ overthink, bawa diri jalan2 ya. masalah kami, tak dpt nk tinggalkan anak dgn org lain sbb anak fully bf dan high need attention, jadi saya ke mana2 bawa anak dan suami. Selalu lah buat apa2 mesti dgn suami. Makan bersama, layan anak bersama, kita nak ke salon, suami jaga anak dlm kereta, kita nak riadah, suami join sama dgn anak, kita nak release tension, ajak suami window shopping n mkn kat luar. So biar rasa je kebersamaan , tak kisah lh masa suami balik drpd Pjj atau tak pjj.

saya pun macam sis jugak sy takde nafsu nak bersama dgn suami lepas ambil perancang suntik . sy mmg jarang bersama dgn suami lepas bersalin 7 bulan yg lepas ,selama 7 bulan tu boleh kira berapa kali sy bersama dgn suami , sy cakap dgn suami sy takde nafsu nak bersama suami paham , tp sy still risau kalau dia buat macam macam kat blkg sy contoh macam dia curang ke apa sbb tak dapat nafkah batin dia kan so itu yg sy overthinking .

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan