Persediaan hantar anak ke nursery

Hi mommy.. First mom here.. Saya sedang survey taska untuk baby saya.. Saya nak tanya pendapat mommy semua apa yang perlu /penting untuk di tanya kpd pihak taska ya..sy takut ada yg saya terlepas pandang untuk tanya pohak taska nanti.. Terima kasih. #firstmom #pleasehelp #seriusnanya #ingintahu #firstbaby

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

How old is ur baby? Maybe u can ask, - How many babies here? How many toddlers here? Nisbah 1 teacher jaga berapa org baby? Standard JKM guideline 1 teacher jaga 3 org babies. - Baby below 1 year biasanye x de aktiviti @ group activities. So, u kena provide teacher timeline untuk baby awak menyusu. N if baby dah makan (6months), awak kena tanya dr segi penyediaaan makanan mcm mana. Biasa bawah 2 tahun, parent kena provide makanan baby( breakfast, lunch, n snacks). Tp schedule untuk die makan, akan skali makan dgn toddlers yg lain. Waktu minum pagi, lunch n snack ptg, kena tanya taska tu pukul berapa. Than you kena cooperate kn waktu die makn dan gap die menyusu. - Kena tanya pagi2 baby kena hantar dah mandi @ x mandi.. Yg nie depend on taska. Taska anak sy, bila anak dah 18 bulan, parent kena mandikan anak dahulu waktu pagi sebelum hantar ke taska. Babies antara 2 months - 17 months, biasanye parent akan bersihkan sahaja dan tukar diapers baru waktu pagi sebelum hantar taska. Nnt dah sampai taska, teacher2 yg akan mandikan waktu yg sepatutnye. - Kena tanya apa pihak taska nk dr parents. In terms keperluan baby hari2. Biasa taska akan minta, set tilam (ari isnin bawa, jumaat bawa balik untuk basuh), baju dalam 3 set, pampers, botol susu, susu baby, tuala, plastik baju kotor, toiletteries baby. Tanya juga ada buai, baby cot @ bouncer x? Taska mmg x pakai buai. Baby cot yes. Bouncer yes. Tanya juga awak kena provide ke x untuk baby awak.. - Lpastu tanya kalau baby x sihat mcm mana. Ada taska terima kalau anak otw nk sihat dan bekalkan ubat2 baby kpd teacher. Kalau setakat selesema, batuk yg dah nk sihat boleh hantar. - Tanya pasal security. Siapa yg boleh access CCTV. Sesiapa yg keluar masuk taska diorg kenal x. Dan tanya hal emergency (in terms baby tercekik, tiba2 anak terhantuk ada lebam, atau kalau anak tiba2 kena demam) siapa yg boleh handle. 1st emergency before parent datang. Dan tanya juga, if let say awak x dpt jemput anak, akan ada relative yg jemput anak, mcm mana process die.. Biasa kalau taska under JkM, mmg diorg tip top pasal security anak nie. - Tanya pasal waktu beroperasi. Kalau masa tambahan, berapa diorg charge. Tanya Public Holiday ikut mana (Yg nie KL & Selangor slalu ada silap). - Tanya pengusaha taska siapa yg perlu awak call kalau nk bertanya pasal anak. Biasa penyelia taska yg akan ambil alih task nie . - Tanya taska under JKM x? Yg nie sy mmg bertanya taska anak sy walaupun sy tahu diorg mmg under JKM. Sbb sy nk tgk reaksi diorg sahaja. Ye lah mula2 hantar anak nk tahu teacher2 nie aware x hal semasa mcm nie. - Than, tanya lah hal yuran pendaftaran anak awak, annual fee awak, ada uniform ke x.. - Baby masih ada vaksin lagi ke? Kalau masih ada, tanya taska lpas cucuk anak vaksin boleh hantar ke taska ke? Taska anak sy x terima. Ibu kena ambik cuti sbb taska x nk bertanggungjawab effect lpas baby vaksin tu. Kn ada baby lpas vaksin, demam, merengek. Esok hari baru hantar semula mcm biasa. Setakat nie itu lah. Harap dapat membantu awak serba sedikit.

Đọc thêm
12mo trước

Thank you puan.. Sangat2 membantu. Baby saya 3bulan bulan depan. 😊