Bagi haid turun

Hi mommy’s! Ada tak kat sini ttc journey? Saya ttc nak masuk 3 tahun dah 😌 saya nak tanya ada tak sesape haid tak teratur? Saya haid jadi tak teratur sejak berkahwin. Tahun ni haid problem teruk. Saya cerita dulu ye haid saya. Bulan 1 saya keluar haid sikit2 spotting selama 7 hari Bulan 2 haid tak datang langsung Bulan 3 (30/3 - 31/3) spotting tapi darah fresh Bulan 4 (1/4 - 7/4) haid kejap ada kejap takde ( spotting + flo ) tapi selama 9 hari termasuk bulan 3 tu. Then takde haid so saya pergi klinik untuk check so far takde apa2 masalah pun cyst/pcos saya takde pun then doktor bagi saya ubat pil perancang 21biji ( brand marvelon ) Bulan 5 saya consume ubat pil perancang tu sampai habis lepas je habis pil tu, selang 3 hari saya period Bulan 6 (19/6 - 25/6) saya haid selepas makan ubat hormon tu. Tapi hari pertama haid memula spotting sikit, then hari kedua saya mengalami ketulan darah saya tarik dari kemaluan dan keluar darah seketul macam berbentuk daging gitu. Dan darah keluar heavy sampai hari ketiga. Hari ke4 ke5 ke6 normal haid and hari ke7 spotting tanda2 haid nak habis dah. Bulan 7 saya keluar darah dua kali. (10/7 - 13/7 ) ni selama 4 hari hanya spotting and ada lekat sikit kat pantiliner. Then (28/7 - 3/8 ) saya haid semula sama jugak spotting + flo sikit. Saya taktahu punca apa haid macam ni kadang tanya kawan dia cakap maybe effect pada pil hormon tu but i’m not sure lah. Bulan 8 saya tak haid last haid (3/8) tu je. Sampai lah sekarang bulan 9 saya belum ada tanda2 haid nak turun. Saya dah buat upt test hasilnya mengecewakan saya (-ve) Sampai suami pun tanya “ kenapa haid tak datang. Ada baby ke? “ ( sambil dia usap perut saya ) Ya Allah saya sebak sangat sebab masih belum mampu bagi suami zuriat 😔 kalau saya pergi klinik lagi maybe akan dapat ubat hormon tu lagi sedangkan saya masih ikthiar hamil. Jadi, ada tak kat sini yang tahu cara nak bagi haid teratur? Saya betul2 nak haid saya cantik macam dulu and dapat hari subur untuk plan pregnant. Saya pernah berurut dan dia mintak saya berurut dengan dia selama 3 hari berturut turut tapi dia caj saya rm700 terlalu mahal bagi saya. 😌😌 pls mommy’s bantu saya. Saya betul2 berharap nak zuriat. Terima kasih semua 🙂❤️❤️

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Kena checkup kesuburan dlu tengo ape problem. Kalau dah tau problem baru la senang and tau ape kena buat or jaga. Mcm saya irregular period kadang 2 bulan skali kadang 2 bulan stengah skali or pernah je 3 bulan skali period. Pastu period pun hari pertama and kedua je bnyak pastu masuk hari ketiga dah skit dah . Period slalu 4 hari dah xde dah. Scan klinik swasta mmg sah pcos both ovary. Pernah pregnant tp gugur. Prnah amik pil hormone juga 4 bulan tp lepas off pill hormone tu period sama je tingtong balik. Pastu search pcos ni ape and blajar pasal pcos smua. Apa blh makan ape xleh mkan, ape kena buat. Saya pcos bmi normal, so kategori lean pcos. Jadi saya usahakan jaga makan minum, exercise smua tu. Lepas 6 bulan dari last gugur tu saya and husband try balik tp guna opk check subur tu. Jumpa opk positive trus on bersama dngan husband. Pastu dpo 8 check upt positive. Skrng dah 32w pregnant.

Đọc thêm

mcm saya seblum kawen...jnis period xteratur 3/4 bulan xdtg...sekli dtg sakit senggugt truk...lpas bersalin xperiod2 smpai anak setahun lpas tu mkn ubat pil perancang bru lpas period tpi kena mkn hari2 sebb saya mang rancang nk mngdung lagi...saya buat mcm tu

1y trước

Oh. Jadi kena makan pil perancang tu ke? Tapi saya ikthiar hamil, sebab makan pil perancang takde telur disenyawakan

Yang paling utama sekali, awak kena rujuk doktor pakar sakit Puan. Boleh buat temujanji di hospital kerajaan atau pun hospital swasta.

1y trước

Awak kena dapatkan referral letter daripada doktor di KK.