Salam sejahtera puan, untuk makluman puan, terdapat banyak faktor yang menyebabkan sembelit ketika hamil. Hormon kehamilan dan kehamilan itu sendiri menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan sekaligus menyebabkan sembelit. Selain itu, pengambilan sesetengah vitamin kehamilan seperti tablet zat besi memburukkan keadaan ini.
Untuk menangani masalah sembelit ketika hamil, anda disarankan untuk makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, anda haruslah minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi. Anda juga disarankan untuk bergerak aktif kerana ia boleh membantu mengurangkan gejala sembelit. Pengambilan probiotik juga adalah digalakkan. Sekiranya masalah ini masih berpanjangan, rujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan dan mengelakkan komplikasi seperti masalah buasir. Terima kasih.
Đọc thêm