air kelapa

Hi mommies, sy mggu ke-21 sy suka sgt minum air kelapa. setakat ni Alhamdulillah takde apa-2 isu. tapi baru terbaca yg ibu mengandung tak boleh minum air kelapa. ad sesiapa ad pengalaman yg menakutkan atau yg baik-2 ke minum air kelapa.

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

#1 Meningkatkan imuniti badan Antara manfaat utama air kelapa untuk ibu hamil ialah sebagai penguat imuniti badan. Air kelapa tinggi dengan potasium, kalsium dan klorida. Ia menyegarkan, menguat dan menyihatkan badan, tambahan pula air kelapa kurang kandungan gula. Malah terdapat kandungan anti oksida, mineral dan vitamin di dalam air kelapa muda yang mampu membantu kebolehan badan melawan penyakit. Ia juga membantu melindungi badan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan dari jangkitan.Ia juga membantu melindungi badan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan dari jangkitan. #2 Mengawal paras gula dan membaiki peredaran darah Yang menariknya, manfaat air kelapa untuk ibu hamil bukanlah sekadar menyegarkan badan dan melawan penyakit saja. Ia juga mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan membaiki peredaran darah. Kandungan vitamin C, protein, magnesium dan potasium menjadikan ia anti oksida yang meningkatkan kolesterol baik dalam badan. Ia juga mambantu mengawal tekanan darah yang menjadi punca preeklampsia pada ibu hamil. Tambahan pula, air kelapa juga dikatakan membantu mengurangkan risiko strok dan tekanan darah tinggi pada wanita hamil. #3 Melawan jangkitan saluran kencing Air kelapa terkenal tinggi kandungan asid laurik yang bertanggungjawab dalam menghasilkan monolaurin, asid lemak yang melawan penyakit. Ia mempunyai sifat antibakterial, antifungi dan antiviral. Jadi, jika demam, cepat-cepat minum air kelapa, ya. 4 Mengawal lemak dan memastikan badan fit Air kelapa tiada kalori dan mampu membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah, ramai atlet mengakui yang ia sungguh menyegarkan dan memberi tenaga. Selain itu, ia juga mempunyai sifat menghalang pengumpulan sel lemak dan mengurangkan tahap lemak berlebihan dalam badan. Ini menjadikan air kelapa untuk ibu hamil adalah air minuman yang lebih baik. Jadi ibu hamil, jika anda ingin kekal aktif dan bertenaga, minum air kelapa! #5 Merawat pedih ulu hati dan sembelit Pedih ulu hati dan sembelit adalah masalah biasa pada wanita hamil. Tapi dengan air kelapa, ia mampu membaiki dan menguatkan sistem pencernaan malah menghalang pedih ulu hati dan sembelit. Sifatnya yang menstabilkan pH dalam badan, menghalang badan dari menjadi terlalu berasid, membaiki metabolisma, mengurangkan loya serta mengurangkan rasa tidak selesa akibat 2 masalah ini. Menjadikan air kelapa sebagai sebahagian diet boleh membantu mengekalkan kesihatan saluran kencing, serta mengelak dari terkena jangkitan saluran kencing, UTI. Ini kerana air kelapa membantu membersihkan saluran kencing serta pundi kencing. Jadi, jika anda mengalami isu kebersihan dalaman, capai segelas air kelapa dan minum. Namun, bagi ibu hamil, berpada-pada ya, jangan terlalu berlebihan. Amalkan bersederhana. #6 Menghalang dehidrasi dan kelesuan Kandungan plasma dan elektrolit dalam air kelapa dikatakan menyerupai badan manusia. Jadi, ini menjadikan air kelapa sebagai solusi terbaik untuk merawat dehidrasi akibat sakit cirit-birit, kolera, keracunan makanan dan sakit perut. Ia juga sumber tenaga terbaik terutamanya buat wanita hamil. Jika anda bercadang untuk bekerja hingga hari terakhir anda hamil, sediakan air kelapa sebagai air penambah tenaga. Banyakkan minum air kelapa jika sering kali rasa letih. #7 Mempercepatkan pertumbuhan janin Oleh kerana air kelapa membekalkan nutrien penting kepada si ibu, menjadikan ibu kekal sihat, bertenaga dan bebas jangkitan, ia juga membantu tumbesaran janin. Manfaat kesihatan kepada si ibu menyebabkan air kelapa menyediakan keadaan yang sihat untuk janin membesar. #8 Diuretik semulajadi Tidak ramai tahu yang air kelapa juga merupakan diuretik semulajadi, iaitu pelawas air kencing. Ini bermakna air kelapa mampu mengawal tahap asid urik dalam badan. Dan ini sangat penting buat wanita hamil. Jadi meminum air kelapa bukan saja menyegarkan. Malah manfaat kesihatannya sungguh menakjubkan buat ibu hamil dan bayi di dalam kandungannya. Jadi, jangan tunggu lagi, jadikan air kelapa sebagai peneman anda!

Đọc thêm

Saya ada minum air kelapa sekali sekala dari 1st trimester. Alhamdulillah takde masalah pape. Sekali minum tu secawan camtu je tp takde la hari hari. Saya pun mmg takde masalah gdm jadi minum macam biasa je. Skrg dah 3rd trimester. Kalau ada gdm mungkin kena kawal sikit la. Lgpun ikut kajian air kelapa memang baik untuk kesihatan asalkan ambil berpada ☺️

Đọc thêm

pada sye tkde masalah ...sbb sye memang suka minum air kelapa dr 1st trimester sekarang dh 2nd trimester ...tp bukan kerap dlm seminggu 2-3 kali ..kelapa yg fresh tanpa ais dgn gula ..

Boleh saja minum tapi jangan la hari hari. Hehe. Nurse ada cakap yang tak boleh minum time pregnant ni air soya. Sebab nanti skin baby jadi sensetif. Memang betul pun. Kulit baby saya jadi cepat naik rashes and kering.

3y trước

betul.. sama dgn ank pertama sy..

sy minum je air kelapa masa tgh pregnant tempoh hari.. tkde pape pun.. sbb sy mengidam sgt2.. tk sah tkde air kelapa .. selalu suh suami belikan air kelapa tuk sy..hari ni sy dh 25hari dlm pantang..

Thành viên VIP

kalau 2nd trim sy rasa tak apa, cuma 1st trim saja tak boleh sebab sejuk sangat air kelapa ..tapi dulu sy preggy Sy minum air kepala start bulan 5 sampai lah beranak hehe

sy sblm tau prgnt, sy covid.. sy minum je air kelapa.. tup2 check upt double line dlm ms covid ni... so far alhamdulillah xde apa br nk msuk 5 week

Thành viên VIP

2minggu lepas sy demam panas, hari2 minum air kelapa. So far alhamdulillah. Tgk dlm guidance pemakanan dlm ni pun tulis boleh minum.

kata doc bagus minum air kelapa supaya anak bersih kulit😊jangn jangn tiap hari minum,kli2 not problem

Influencer của TAP

Sy minum dari 1st trimester, tp x kerap. Alhamdulillah kandungan baik2 shj. Skrg dh 3rd trimester ☺️