Hamil tapi tiada simptom
Hi mommies. Sy dah 6 weeks. Masa 4 weeks scan masih xnmpak apa, cek beta hcg mmg pregnant bacaan 2337. Dan sampai ke hari ni, saya tiada apa2 simptom. Sampai bertanya2 dalam hati “betul ke aku hamil, ada ke baby ni, sihat ke baby dalam ni” Ada tak mommy yg xda apa2 simptom? Boleh share pengalaman
Yaaa sama sy dl masa second pregnant.. xpernah ngidam xpnh ada alahan.. tp klini no 3, haaa ambik sampai keja tido je hahahahahah… Pe2 pun pengalaman org pregnant ni lain2… sy dl sbb xde alahan smpai tetiap minggu cek upt sbb mcm tertanya2 ada ke x ada ke x smpai la dgr jantung bby baru ase puas ati.. So awk, jaga diri.. selagi mana xde cecair yg melampau atau drh keluar, awk leh chill2 ye.. enjoy moment prgnant awk… inshaaAllah xde pe tu.. baby sj la nk suh ibu dia enjoy2 sbb sok dia kuar dia nak reyau n merap 🤣
Đọc thêmsy dh 7 week 4day.. sy pun sama xda alahan mengandung (first baby ). selera makan masih ok. mse awal2 rasa betul ke aku ngandung sbb langsung xda alahan. cuma simptom breast sakit awal2 ngandung tu je .. mse 5 week nampak kantung shj. smlm scan nmpk baby + jantung. alhamdulillah. smoga mommy smua dipermudahkn segala urusan. dan enjoy your pregnancy 💕
Đọc thêmhi sis, selalunya dr akan suruh datang semula selepas 2 minggu untuk repeat scan. masa tu dr akan tengok sekali untuk progress perkembangan kandungan kita. saya pun sama masa scan 5 weeks pregnancy, tak nampak apa apa. tp after 7 weeks tu mmg dah nampak kantung dan fetal pole. jgn susah hati ya mommies. preggy mom tak boleh stress stress
Đọc thêmHi, sy masa 6 weeks pergi scan buat pertama kali, tapi nampak kantung je awak. Doc set appointment 2weeks kemudian. Kiranya semalam la 8weeks saya, alhamdulillah saya nampak janin dan dah dengar heartbeat dia, segala jenis simptom pun sy takda, tapi jangan fikir banyak ok, percaya je dia ada dan slowly membesar
Đọc thêmTerima kasih Pn. Lega sy bila ramai yg sama mcm sy lalui. Semoga kita semua selamat menjalani kehamilan yg indah ini dan dipermudahkan urusan kita bersalin kelak.
masa pregnant anak no. 1, saya takda symptom masa 1st trimester. sampailah hampir trimester 3 baru start mual dan muntah2. tapi masa scan 5w dah nampak baby. harap semua okay buat awak
Sama mcm saya . 4w2d scan tak nampak apa balik tu nangis dah . Repeat scan masa 6w nampak kantung dah . Besar seminggu lagi 🤣 . Boleh dah pergi repeat scan 🥰