Spotting Di Trimester 1 ?
Mommies, spotting tu normalkah ? Berapa lama ye ? Sebab tiba2 ja ni 😭#advicepls #pleasehelp #firstbaby #firstmom #ingintahu
Spotting ni setiap org tak sama kot, sy bukan lagi spotting, tapi dah jadi bleeding, 2x bleeding dan 2x sy ke hospital masa 6weeks & 8weeks mcm tu. Doc pakar O&G bagi sy mkn ubat kuatkan rahim dan ubat kurangkan pendarahan. Masa makan ubat tu oklaa takde bleeding, tapi still keluar lendir2 coklat tu mcm sisa2. Dan masa doc check pintu rahim sy katanya takde active bleeding, dan bleeding tu bkn dari baby. Tak lama lepas dah habis ubat yg doc bg tu, ada bleeding juga, tp bleeding yg sy alami ni memang dia akan jadi 1kali je, lps tu dia akan keluar spotting / sisa2 mcm lendir coklat tu. Bila jadi bleeding tu sy dah tak pergi hospital dah sbb doc ckp takde apa2 yg serius, cuma bleeding tu berpunca dari daging lebih yg tumbuh di pintu rahim sy. Alhamdulillah baby membesar dgn sihat, sizenya juga lebih besar berbanding usianya, usianya 12W3D tapi masa scan size dia 14W5D. Cuma skrg ni doc baru detect yg sy ada fibroid dan air ketuban mcm kurang, tak pasti lah air ketuban tu nampak kurang sbb fibroid tu himpit rahim tu ke atapun sbb baby tak boleh minum dan kencing dgn sempurna, wallahualam. Mudah2an baby kita membesar dgn sihat dan sempurna hendaknya 🤲🏻🤲🏻 *آمـــــــين آمـــــــين يَا رَبَّالْعَالَمِــــــــين.*
Đọc thêmsaya spotting masa 7w5d . tp sikit jela . sy terus p klinik sbb ada history gugur . alhamdulillah doc scan bby baik baik je . cuma mungkin sy terlalu lasak time kerja . doc bg ubat kuat rahim utk 5 hri . kne makan 2 biji shri . kene bedrest . sy minta cuti utk rest . Alhamdulillah , spoting stu hri je . skrg dah tkde . lega sgt sgt tp masih lg berhati-hati . terus pergi klinik ye . sbb masa first pregnancy sy spoting , doc kata normal bru nk menempel . okay . hri ke tiga . sy spoting smula.. pergi hosp . doc tknk pun amik kes sy tau . pastu sy ckp sy da dua kli spoting bru la dia amik kes sy dan rujuk ke dewan bersalin . masatu sy da bleeding . keluar drh bnyk tp doc dewan bersalin kata normal . dia tk bg ubat pun . dia bg apointment sbln dri trikh sy dtg . sy bleeding 8 hri masatu . sy anggap tkde rezeki saya. sy redha tp perancangan Allah tu indah . tak smpai sbln sy gugur . sy pregnant smula. now 8w . itu pun sy still takut . harap kandungan kali ni baik baik . jadi sis . baik pergi klnik cepat cepat . minta ubat kuat rhim . smoga kandungan awak baik baik je .
Đọc thêmbiasa ubat kuat rhim doc bg kalau awak ada spoting/bleeding . sbb sy memula scan pun doc thu ada history gugur tp sbb tkde spoting masatu , dia takde bg . lepas ada spoting bru dia bg . kene tanya doc jgk .
boleh bykkan lg baca dlm ni baaaaaaanyak sgt dah mommy2 post. spotting penempelan berlaku sekali/sehari sahaja & berlaku bawah 5w. kalau kandungan dah lebih 5w & berlaku spotting/bleeding, tolonglah cepat2 ke klinik. biarlah doktor nak marah ke nak perli ke yg penting kita tahu keadaan kandungan kita. jgn ambil mudah. tanya dlm ni lambat dpt respon, baik terus ke pakar yg lebih tahu.
Đọc thêmboleh tambah ilmu2 pregnancy dgn baca article2 jugak. download apps pregnancy+ ke, byk apps yg ada article pasal pregnancy journey skrg. semua dihujung jari sis. kdg ada soalan yg tak relevant utk kita tanya pendapat org.
Hi mommy to be, saya tahu awak risau. Bukan awak tak baca posting mommy lain. Just awak nak kepastian kan.. saya masa first trimester pernah ada spotting jugak. Trus bawak emergency utk cek.. anything yg berkaitan dgn spotting darah. Refer to hospital terus ya awak .. 🫶🏻🫶🏻
saya pernah dua kali spotting.. kali pertama masa 6w .. kali kedua masa 7w .. dua dua kali tu hanya sehari je.. tapi dua dua kali tu spotting terus gi jumpa doktor.. doktor akan scan and check la apa yg patut.. untuk saya, doktor kata penempelan .. tetapi setiap org itu berbeza..
kalau keluar spotting walaupun sikit tetap bahaya awak, terus pergi emergency hospital. sy pernah keluar spotting tapi masa 4week tapi tuu sekali jee . sy terus jumpa doc,doc kata tkde pape normal sbb baru proses penempelan.
ibu yg diatas tu berkata betul..tp x apa mebi awak x perasan posting sblum ni..spnjg mengandung walaupun setitik darah atau lendir koko.. tidak normal.. pergi hospital segera
Saya anak 2nd. Ada spotting2. Normal je kalau sikit2 tu. Awal2 process penempelan. Tapi saya pergi je lah jumpa doctor. Kalau dah jumpa doctor, baru lah puas hati.
saya pon selalu spotting.. setiap kali kluar sy akan pergi hospital.. doc akan scan baby sihat tak... n bg injection dan ubat yg sesuai
sy spotting masa 8week .. lps xkeluar dah . tuh pon sb tolak kotak susu dgn kaki 😅😅 ..