33 weeks pecah ketuban & contraction setiap 5 minit

Hi mommies semua, saya sekarang di labour room. Start contraction (rasa perut mengeras) malam tadi sampai sekarang dengan kekerapan setiap 5 minit. Pagi tadi ke klinik dulu sebab takde tanda lain, dr klinik refer ke hospital. Keluar klinik baru order makan dah start leaking, rasa air keluar tapi tak banyak, check kat toilet basah mcm air jernih takde bau. Terus bungkus makanan dan makan dalam kereta otw ke hospital PAC HTA/HKL. Air ketuban tak sama dengan air kencing, keluar dari lubang lain & tak boleh tahan mcm kencing kita boleh tahan. Sebulan lepas 27/10 saya kena warded 7 hari sebab keluar tanda darah dan spotting on off tak berhenti. Masa tu kandungan 28w. Dr monitor dan bagi dexa 4 dos untuk matangkan paru-paru baby, saya berisiko lahir baby pramatang. Harini di PAC leaking air ketuban berterusan. Check bukaan dah 3cm. Check CTG, terima dos dexa emergency/rescue dan on antibiotik drip sebab saya GBS positive. Masuk labour room bukaan 4cm. Disebabkan CTG result tunjuk intense contraction & leaking ketuban kena standby mode kat labour room. Selain tanda contraction (rasa perut mengeras selama 30 saat ke 50 saat setiap 5 minit) monitor guna contraction tracker app, saya sakit pinggang (rasa cramp) sepanjang malam. Pesanan untuk mommies especially first time mom, boleh ke klinik/hospital segera jika: 1. Contraction (rasa perut mengeras/period cramp) setiap 10 minit 2. Sakit cramp pinggang berterusan 3. Keluar lendir darah or bleeding 4. Baby tak gerak or kurang 10 gerakan lebih 12 jam Mommies alert ya kalau GBS positive or belum 37w kena urgent terus ke hospital, jangan lengah. Husband or ibu seorang sahaja boleh teman di labour room. Minta kalian doakan saya, Syafika Madiha & baby selamat.

7 Các câu trả lời

thank you for sharing. sy dah 34weeks tapi takde rasa lagi baby mengeras. first mom so tak tahu mcm mana rasa dia. mungkin ada tp tak perasan. cuma sakit pinggang rasa berdenyut tu ada la rasa kadang2. semoga urusan syafika madiha dimudahkan. selamat ibu dan baby. amiin.

Tq info nya sis... sy first mommy dan tak tau apa2 pasal ni... bila sis shared sedikit sebanyak boleh mmbantu sy pantau kandungan sy ... skrg kndungan da masuk 29w ... semoga di permudahkan segala urusan mommy2 yg nak bersalin 😊😊

Thankyou for sharing! Saya first baby dah 32wks macam masih blur blur lagi tp posting ni membantu. Semoga dipermudahkan urusan ibu&baby ❤️

Semoga dipermudahkn sis https://chat.whatsapp.com/FePISVxmiCVFZ3Y3DM03L0 Group pregnant 2023, selamat datanggg ❤️

aminn..smoga urusan bersalin puan dpermudahkn.. smoga bby yg dlahirkn pn sihat2 hendaknya... tq atas pkongsian..

VIP Member

Semoga dipermudhkan urusan awak dan bby. Saya 30weeks ni pun risau sbb masih tk dpt beza lagi tnda2 tu semua

Semoga urusan syafika madiha dipermudahkan selamat ibu dan baby aminn ya rabbal alamin

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan