Malas buat kerja rumah

hi mommies. sebelum tu tolong jangan judge, just nak tanya ada tak sesiapa kat sini bila pregnant jadi malas sangat2 nak uruskan rumah. saya pregnant 4 bulan sekarang. saya malas masak, pinggan mangkuk biar berlonggok dkt sinki, rumah kotor. mmg malas nak buat apa2. sebelum pregnant tak mcm ni pon. atau saya sahaja yg ikutkan perasaan? sbb suami saya hampir marah dgn perangai saya. tolong share pengalaman anda please #firsttimemom #advicepls

55 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sy masa first trimester memang tak buat kerja langsung sbb alahan teruk. semua husb buat. seharian asyik terbaring je. masuk second trimester seronok je dah boleh buat kerja rumah. masuk third trimester ni jd tak larat pulak, boleh buat tp cepat mengah. so buat kerja rumah sama2 dgn husband.