Selalu tiada selera makan & tiada keinginan untuk makan semasa kandungan 7 minggu
Hi mommies! Ni second pregnancy saya, first pregnancy gugur masa 6 minggu. Pregnant kali ni lemau lembik sangat and tak rasa nak makan langsung. Keinginan nak makan tu takda. Perut selalu bloated & kentut je lately ni. Pergi scan nampak kantung je, isi dalam & jantung tak nampak lagi. Doct nasihat makan makanan berkhasiat and sihat sihat nak bagi baby besar dgn sihat. Nak tanya boleh ke ambil susu tambahan seawal kandungan 7 minggu? And kalau boleh, Boleh tak mommies suggest supplement atau susu yang okay untuk pregnancy? Susu yg tak manis kurang gula & tak muak. Thank you so much #firstbaby #pleasehelp #seriusnanya