Leaking 36 minggu 2 hari

Hi mommies , nak tanya yang ada pengalaman ketuban leaking . Saya perasan harini dah dua kali panties saya basah tapi takbasah terus cuma macam terkencing . Tapi tidak berbau , air jernih . Tapi saya takpasti tu leaking atau apa , biasa kalau 36 minggu ketuban leaking doktor akan buat apa ye ? Sekarang saya baru lepas tukar panties dan pakai pad , saya baring 30 minit , lepas 30 minit saya berdiri nak tengok ada keluar lagi tak . Kalau ada saya akan ke hospital , kalau tiada patut ke saya ke hospital juga ? Maaf banyak tanya sebab first baby #firstbaby #firstmom

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời