Bayi 1 Bulan tak buang air besar selepas tukar susu formula.

Hi Mommies, nak tanya pendapat semua. Anak saya baru umur sebulan. Currently anak saya direct feeding dan saya sulamkan juga dengan susu formula. Sebelum ni saya bagi anak saya minum Karihome, so far okay je. Masuk sebulan ni, saya tukar susu formula kepada Similac Lactose Free. Baru 2 hari consume Similac. Anak tak buang air besar sejak saya tukar susu formula kepada Similac. Sebelum ini, anak saya memang kerap membuang air besar dan najisnya juga masih berwarna kuning. Selepas consume Similac perut anak tak ada kembung atau mengeras cuma tak berak saja lagi. Adakah ini normal untuk bayi sebulan untuk tak membuang air besar atau kemungkinan tak sesuai dengan susu Similac ni?#firstbaby #ingintahu #bantusharing

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời