loya/ muntah-muntah
hello mommies. nak tanya and minta pendapat sikit. haritu awal awal pregnant (5w-10w) morning sickness teruk sangat. bukan morning je tp satu hari tu rasa loya dan muntah. makan pun susah sbb memang akan muntah balik. tp kalau tak makan memang tak larat langsung nak bangun. start dari 10w mcm tu rasa mual tu dh kurang sikit. dh boleh makan. cuma nya tak boleh lapar sikit. kalau lapar sikit rasa mcm nak pengsan je. 🥲 so sekarang ni saya dh 13w. tp kenapa rasa mual and muntah tu datang balik? rasa mcm awal2 pregnant. makan ikut jam, air pun minum. tp kenapa asyik muntah and kadang2 rasa macam lebih teruk dari yang awal tu. and sbb dh muntah and mual, rasa mcm susah balik nak makan. tak makan mmg taklarat nak bangun. ada ke mommies yang pengalaman sama? boleh tak kongsi tips atau nasihat? normal ke kalau mcm ni? boleh tak share pendapat mommies? kadang rasa down sangat sbb tak dpt bagi khasiat kat baby sbb tak makan. 😞 #firstmom #ingintahu #demibaby