Pakej ibu berpantang

hi mommies, nak tanya kalau first mom ni perlu ke ambil pakej ibu berpantang ? sy dilema sebab harga pakej berpantang kat tmpt sy mahal sgt, sy berpantang nt tinggal dgn family. mak suruh ambil jugak pakej tu cuma sy kesian dgn suami sebab kos dia balik ke sini pun dh nak cecah brpa dh. atau sy ambil tukang urut je ? bole ke tu. #firstmom

21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Biasanya, pakej ibu berpantang memang disyorkan untuk membantu pemulihan ibu selepas bersalin. Tetapi, jika harga pakej berpantang di tempat anda sangat mahal, dan anda tinggal bersama keluarga, ada beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan. Pertama sekali, tinggal bersama keluarga mungkin dapat memberi anda sokongan yang mencukupi semasa tempoh berpantang. Anda boleh meminta bantuan dari ahli keluarga untuk menjaga bayi dan juga membantu dalam urusan rumah tangga. Kedua, jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan urut selepas bersalin, itu juga boleh menjadi pilihan yang baik. Pastikan urutannya dilakukan oleh tukang urut yang berkelayakan dan berpengalaman dalam urutan postnatal. Walau bagaimanapun, dalam membuat keputusan, amat penting untuk memikirkan kesihatan dan kesejahteraan anda dan bayi. Jika anda merasa pakej ibu berpantang atau perkhidmatan urut akan memberi manfaat yang besar kepada pemulihan anda, dan anda mampu untuk membelanjakannya, maka itu adalah pelaburan yang baik. Namun, jika anda berpantang bersama keluarga dan merasa sokongan yang mencukupi, serta urusan kewangan menjadi kebimbangan, memilih untuk tidak mengambil pakej berpantang juga merupakan pilihan yang munasabah. Penting juga untuk berbincang dengan suami anda tentang keputusan ini, kerana ia juga melibatkan kos yang besar. Bersama-sama, anda boleh mencari penyelesaian yang terbaik untuk keluarga anda. Semoga anda mendapat keputusan yang terbaik untuk keadaan anda! #firstmom Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

Saya pantang ada mak & mil jaga gilir2. Mak dah tua dia suruh ambil cl so saya faham kt situ. Hint dia takleh commit jaga saya & baby 24/7. Kalau terbebankan dia takut lah nanti dosa plak kita. Bila ngadu kt husband, husband kata takpela jaga kita pantang bukan tanggungjawab org tua tp tanggungjawab suami. So saya ambil cl 30 hari siap masak. Mak happy sebab dgn mak2 sekali dpt rehat gantung periuk. Saya pun happy tengok mak, pantang pun stress free sbb mak tak stress so dia auto tak bg arahan kuban2 kt kita. 5k+ bayar cl. Lepas tu mencurah2 rezeki sampai skrg, asbab buat baik dgn mak & mil kot.

Đọc thêm

Mesti ada sebab kenapa mak awak suruh ambil CL juga. Cuba tanya kenapa? Ni assumption saya la. Mungkin mak awak tak larat. Tak boleh nak commit 24 hours jaga awak dan baby nanti. Jadi kita kena faham la. Mak dah tua. Kudrat mak dah tak sama macam masa kita kecik dulu. Mak perlukan pertolongan juga tu. Ni assumption saya la. Saya sarankan awak tanya terus dengan mak awak. Sebab awak akan berpantang kat situ kan. Ada perbincangan awal lagi bagus. Then baru boleh decide awak nak ambil pakej CL yang macam mana.

Đọc thêm

Saya berpantang pun mak jaga. Sebab tak mampu ambil CL. Tapi pada masa sama sy tahu mak tak kuat nak uruskan saya dan baby. So saya makan apa yg semua org makan je. Kira tak berpantang makan, kalau ade alahan sy tak makan dah benda tu. Kain baju saya simpan 2hari bangun pagi basuh sendiri. Awal 2minggu mak sidaikan, lepastu saya sidai sendiri. saya ambil urut shj. Tapi ikut badan masing2 kalau tak kuat mmg kena ambil CL takut menyusahkan mak. Mcm saya alhamdulillah kuat boleh buat kerja sikit2 makan pun takyah pantang sgt.

Đọc thêm

Kalau ikut experience kakak saya bersalin Feb2024 dan berpantang di rumah dgn family, dia ambil pakej ibu berpantang + stay in (ibu, anak, masak) . Bagi dia, rugi sebabnya mak tetap masak. Kalau berpantang sendiri rasanya berbaloi. Tapi sebab firstmom, dia redha jela spend duit lebih even rasa membazir. Saya pula due okt 2024, mmg plan ambil pakej pantang utk urut/jaga saya dan baby shj walaupun berpantang di rumah mak. Mak pun umur dah berapa tapi mestilah nak mak kita ada masa pantang 😂 Oh ya saya first mom juga

Đọc thêm

ikut kemampuan sis. sekarang pakej pantang ada macam² harga. dapat yang pakej 3 hari pun dah ok. mcm saya anak first 2017 tak tau sgt pasal pakej pantang. jadinya pantang sendiri kat rumah mil. memang stress sgt² + baby high demand. masa tu czer memang nangis je la malam² penat sgt² jaga anak + sakit czer + pjj dgn husband. Alhamdulillah anak kedua ada rezeki lebih hire cl dari AyuChanteqConfiment utk 2 minggu. Beza sgt rasa bila kena urut hari² dgn sebulan sekali masa pantang

Đọc thêm

Sy ambl pakej pantang sbb pantang sendiri dgn suami je..pakej msuk tlg masak, urus ibu n ank, basuh bju buat sendiri..sy ambl NR Mothecare confinement, cover sluruh malaysia.. the cheapest one I could find but still beratus ringgit klu sis nk tgk.. Klu sis mmg larat nk jga mkn mnum, basuh bju, jga ank smua x perlu ambl pn ok.. Beurut lpas bersalin x wjib pn, yg penting rehat btl2 n jga mkn ok je, kakak sy xpernh pn brurut lpas bersalin.. bdan ok je

Đọc thêm
7mo trước

Stakat yg sy n ipar pernah ambl ok je

Kalau first baby recommended sngt ambil cl yang stay in. Sbb banyak benda kita akan belajar. Macam sy dulu berbaloi ambil cl masa anak first sbb banyk benda xtau. Pastu y penting xstress dengn org sekeliling dok bg petua buat itu buat ini. Ini xboleh itu xbleh. The best part baby xsempat nak meragam sbb cl akan pastilan baby selesa dan sentiasa kenyang.

Đọc thêm

Ambil lah awak . Saya dulu nyesal x invest banyak duit untk CL . Sy amik CL 2 mnggu je selebihnya konon mak / mertua kata nak jaga saya lepas bersalin..kita pun ngalah amik lah 2 minggu je CL . Nahhh, tiba lepas bersalin x derk sape nak jaga..masing2 sibuk dgn life masing2..mujur je ada suami dan CL masa tu . Lagipun lebih tenang berpantang rumah sendiri .

Đọc thêm

klau kos better ambil utk urut je, sbb bila dlm pantang ni badan memg akan rasa lenguh sgt. kalau your mom suruh ambil juga CL better ambil yg seminggu or 4 hari je. belajar dgn diorg apa nk buat sepnjg berpantang tu so nnt boleh buat sendiri, bab masak tu buat yg simple2 je, nasi lauk sup ayam sayur pun dh ckup. tak perlu nk heavy2 okay. Asalkan ckup.

Đọc thêm