Minum air gula di KK/KD
Hello mommies. Nak tanya. Di Kk atau KD, misi bagi tak minum air gula yang ada perisa tu ? Yang kita beli sendiri dari farmasi brand barikel ? Saya teriiiinginn sangat nak minum air tu sejuk sejuk dan inilah masanya. Cumanya tak tau misi bagi ke tak 🥲 sesiapa ada pengalaman tak ? Tolong jawab pleaseee. Saya minum air gula ahad ni #firstmom
Terima kasih semua atas respon hahaha. saya dah minum air gula hari ni. Yes, tak seteruk seperti yang digembar gemburkan. Tapi manis tu memang ya. Ala rupanya air glucose yang macam glucomin ada jual kat kedai tu hehe. Saya nak minum barikel tu sebab teringin je dari awal mengandung. Bukan sebab takut sangat 🤭 tapi takpalah, harap tak sangkut minum air gula ni tadi. Kalau ada rezeki mengandung lagi next time, boleh la standby tanya misi awal awal nak beli air gula sendiri. Anyway, setiap anak tekak orang kan berbeza beza. Saya tak salahkan atau memperlekehkan pun siapa yang tak tahan atau loya minum air gula di kk okay ? All the best mommies 🤍
Đọc thêmtak pasti, kena refer mereka dlu...sbb mereka bancuh ikut brp org yg akn buat test mgtt tu..setakat ni kt tmpt sy belum pernah nmpk ibu2 bawa sndri air gula tu. 2 kali pregnancy, 4 kali minum air gula kk..2x dpt perisa oren, 1x perisa anggur, 1x asli. dan semuanya sejuk. alhamdulillah tak ada masalah..yg asli tu rasa mcm laici pun ada.
Đọc thêmpengalaman sye minum air gula, nurse kk tanye dlu minum air gula sini atau ade bwk air gula sndiri... bleh je bwk yg sndiri beli kt farmasi... tp sye minum yg kk... sedap je... sejuk2 lg... sbb mase tu appoiment awal pg... cuma x tahan lepas minum jd mual xleh bwk bincang.... 🤣🤣🤣
saya walaupun boleh je gi swasta checkup or minum air gula (company tanggung), still prgi kk checkup n minum air gula. lps minum tu cam pelik "hek eleh. apa yg lembik sgt org2 ni sampai nk muntah bagai, nk cari yg berperisa. kecoh je". ni tanggapan saya lps minum tu. like air gula jee pun
Beli kt farmasi ada jual sis, setahu sy KK / KD akan bagi air gula biasa je… masa check mgtt kalau sis x nak minum air gula biasa, sis boleh beli d sejukkan siap2 dr rumah.. so far kt tmpt sy boleh je.. yg penting kena minum depan misi le
Saya minum yg kk perisa oren. Nurse buat suam2 kuku. Terkejut jugak mula2 minum tu. Ingatkan manis sangat2 sampai loya macam orang duk kata. Saya minum xde la manis sangat cuma tekak rasa perit sikit pening sikit sbb xbiasa minum manis
kannn sama. saya minum lagi lah panas2. takde benda pun
kalau dkt KD sy misi benarkan je beli dkt farmasi and bawak hari utk minum tu . diorng lagi sarankan beli sebab lg sedap dr yg biasa punya 😂