Hi puan.. sy pun sama juga.. anak 1 tahun 5 bulan and sy pregnant 3 bulan. mmg sebelum ni tak pernah susu botol, full BF je.. tapi start sy mengandung susu dh mula kurang sangat dn dia asyik mengamuk malam², sian babanya tak boleh tidur. Mmg awal² kita akan hadap watak dia yg mengamuk tu tapi saya bancuh ja susu dn pujuk je dia utk minum.. pastikan susu yg dibancuh tu pekatlh utk permulaan. Bila dia rasa sedap, biasanya dia akan mula minum..
Awal² tu sy sampai sediakn tiga botol lain² air lagi, klu dia tak nak susu sy bagi air masak atau air jus. klu tak nak juga bagi cawan.. mmg mujahadah melayan nya, tapi saya start pelan² dgn banyak pujuk dia dn Alhamdulillah dlm sebulan ni dh tak minum susu badan, malam pun tidur sendiri je. Cuma pukul 3-4 pagi dia akan bangun dn minta susu badan tapi saya akan bancuh susu botol klu dia tak nak juga sy cuba tepuk dn nyanyikan lagu smpai dia tidur balik.
mental mmg kena kuatlh Puan.. penat dia lain macam. bukan tak nangis, sy jenis kesian tengok anak nangis.. hati sy pun touching juga. sy cuba bercakap baik² dgn dia mom bukan tak sayang, sayang sangat. bukan tak bagi susu sebab tak sayang, tapi kita kena kesiankn adik.. kesian adik kan. bilq dh selalu cakap macam tu, dia pun macam faham sendiri.