assalamualaikum sis.
daripada cerita sis ni. 1 je yg sy perasan, sis stress dan terlebih risau sbb sis sorang. so pertama sekali yg sis kena buat adalah jgn stress. terima dgn hati terbuka, lapangkan dada. betul pjj tu bukan mudah lagi bila 1st time mengandung. tp sis kena kuatkan hati. selalu videocall dgn suami n selalu luahkan pd suami. sis x boleh stress2 mcm ni lagi2 time pregnant awal2 ni. cuba lapangkan dada dan buat perkara yg menggembirakan hati ya. sbb baby ni boleh rasa emosi ibu dia sis. kalau sis sedih, stress, baby boleh rasa.
yg kedua, teruskan je makan duphaston mcm saranan doc, makan makanan2 yg sihat, jaga pemakanan, jangan buat kerja berat2 kerja rumah tu, banyakkan bedrest, banyakkan rehat awal2 ni.
kandungan kita ni Allah je tahu mcm mana kat dalam rahim tu. so kita usaha dan tawakkal sahaja jaga kandungan kita sebaik mungkin. kalau betul Allah nak bagi, kandungan tersebut inshaaAllah selamat sampai akhirnya. tp kalau Allah belum nak bagi, buat lah mcm mana pun tetap mxm tu juga.
so nasihat sy, lapangkan dada, banyakkan redha, jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga emosi, banyakkan luahkan pd suami.
pengalaman saya gugur 2x semua sy stress sgt2 sbb nak sgt anak. sy jaga sungguh2 pun tp belum ada rezeki yg 2x gugur tu. kali ke3 sy pregnant alhamdulillah sy x stress, sy happy, sy dlm keadaan lapang dada dan redha sahaja kalau betul ada rezeki sy utk kali ke 3. dan alhamdulillah dah selamat lahir dah pun yg ke 3 ni.
igt 1 ja, Allah akan bagi pd waktu yg tepat dan terbaik. so sis jgn stress2 sgt tau, jaga emosi tau.
semoga dipermudahkan semua urusan sis 🥰
Anonymous