Mommy, untuk baby 6 bulan, memang sangat disyorkan untuk elakkan perisa tiruan atau tambahan perisa buatan dalam makanan si kecil, sebab di peringkat ini, baby kita sedang belajar mengenal rasa semula jadi makanan, jadi kalau terlalu awal dedahkan dengan rasa yang kuat, ada kemungkinan mereka jadi picky eater atau menolak makanan biasa kemudian hari. Kalau mahu tambah rasa, lebih baik guna stok ayam atau ikan bilis buatan sendiri sahaja, tanpa garam atau gula pun sudah cukup. Semoga membantu, tapi tetap yang terbaik adalah rujuk dengan doktor paediatrik mommy untuk nasihat yang lebih tepat mengikut perkembangan baby mommy sendiri ya.
Shamira Shahizan