Kedudukan baby songsang
Hi mommies, kalau 22 weeks kedudukan baby still songsang normal ke? Gerakan dia pun still rasa bawah perut. Ada tak tips untuk naikkan uri? 😭 risau saya first mom.
22w baby songsang normal lagi lah. Saya 23w baby sayang tunggang terbalik dalam perut. Pose apa awak nak? Upside down? Meniarap? Tunduk udang? Semua pun dia sapu 😂 doc scan pun doc gelak. Dah masuk 3rd trimester nanti baru baby slowly change position. And yes, normal 28w ke bawah tu uri di bawah. After 28w bila scan, baru check balik uri tu dah naik ke belum. Saya pun uri ngam ngam dekat pintu rahim. Tapi doc kata nanti dia naik sendiri. Kalau tak naik baru doc bagi tahu Placenta Previa atau tidak.
Đọc thêmsaya baru buat detail scan 20w haritu. saya punya uri pun masih belum naik. doc kata 28w kebawah normal kalau uri masih belum naik. nanti lepas 28w doc tgk semula uri.
takde tips utk naikkan uri. dia akan naik sendiri. kena tny Dr lah normal ke tak 22w masih songsang.