JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!

Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438

JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
135 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Haii Mommies semua jum try DESSERT NUTTELLA BITES Bahan-bahan: 1 paket roti paratha (5 keping) • Nutella Cara-cara: 1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan. 2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup. 3. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella. 4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga. 5. Bakar pada suhu 180 °C api atas bawah, rak oven bawah sekali selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak. Nota: Guna aluminium round tin saiz 6". Senang boleh terus hidang.

Đọc thêm

kek majerin legend. 1. *1 cawan mentega *¾ cawan gula *Diputar hingga kembang dan putih dgn kadar kelajuan tinggi. 2. 4-5 biji telur Gred A Dimasukkan satu per satu hingga kembang tidak berketul. 3. Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla. 4. Masukkan 2 cawan tepung bersama 1 sudu kecil serbuk penaik yang diayak ke dalam adunan sedikit demi sedikit 5. Dah sebati, masukkan dalam loyang 7 atau 8, dibakar dengan oven suhu 180° selama 1 jam atau hingga masak (bergantung pada oven masing²) atau dibakar dalam pressure cooker dengan tekan 'button cake' selama setengah jam. Siap! Sedap dihidang bersama teh O panas². Selamat mencuba!

Đọc thêm
Thành viên VIP

SAGU GULA MERAH : PALING MUDAH DAN SEDAP : BAHAN : SUSU CAIR SAGU MATA IKAN PEWARNA ATAU SIRAP GULA MERAH GULA PUTIH DAUN PANDAN CARA BUAT 1.basuh sagu mata ikan , lepas rendam sekejap dalam 10 minit kemudian rebus sehingga kembang. 2.Dalam Masa yang sama masak gula merah, masukkan air, gula merah, gula putih dan daun pandan. 3. selepas sagu kembang , angkat isi dalam mangkuk gaul dengan pewarna atau sirap. isi dalam bekas-ii kecil. 4. Tuangkan sedikit gula merah yang sudah di masak ke dalam bekas-ii sagu. 5.. tuangkan susu cair. 6. masukkan ke dalam peti ais. 7. Selepas 30minit, sagu sedia untuk dijamu.

Đọc thêm
Post reply image

Saya nak share resepi cekodok pisang, hehe. menu paling mudah kan? 🤭 . pisang boleh guna kalau pisang emas tu, saiznya kecil dalam anggaran 15 biji. kalau besar macam berangan, ambil dalam 5-6 biji . tepung gandum, 2 cawan . air secukupnya . gula, 3 sudu makan . campurkan semua bahan, boleh adjust adunan tu bagi pekat atau cair, kalau cair sgt nnt leper je masuk dlm kuali, klu pekat sgt nnt keras pulak cekodoknya. . panaskan minyak dalam kuali, agak agak bagi boleh tenggelam semua bila kita masukkan adunan dlm minyak nnt. . goreng hingga warna nya gelap, tapi jgn hangit pula hehe . siap utk dihidangkan. 💞 . garam, 1 sudu teh

Đọc thêm

BUBUR SUJI OREN 1) Nyalakan api kecil di dapur gas. Panaskan 1 cawan air di dalam periuk sehingga menggelegak. 2) Masukkan 1cawan bijian suji dan kacau sehingga kembang. 3) Masukkan 1 cawan susu cair dan 1 sudu besar susu pekat. 4) Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla, 4 sudu besar air perahan buah oren, 4 sudu besar gula dan secubit garam sambil kacau. 5) Panaskan 1 sudu besar minyak sapi di kuali lain, masukkn 2 sudu besar kacang badam dan 2 sudu besar kismis. Kemudian, tuang semua ke dalam bubur suji. 6) Padamkan api dan siap untuk dihidang. #TheAsianParentMalaysia #HeOrSheMalaysia #HeAndShe Instagram: @annazizpng

Đọc thêm
Post reply image

Sagu gula melaka selera saya... Resepi sagu gula melaka : 1 cawan sagu 3 cawan air gula melaka Susu cair Daun pandan Cara2: Rendam sagu dibawah air ..kemudian toskan...masakkan sagu dgan air yg mendidih Dan daun pandan sehingga likat@biji putih sagu hilang.. Saya kacau sekejap je Pastu kukus sekejap...bile masak biarkan Sejuk.. Saya guna pewarna saya suka.. 1 ketol gula melaka dimasak dengan Secawan air..masakkan hingga cair.. Sejukkan sebentar.. Terakhir boleh laa hidang tuang gula melaka dahulu kemudian sagu tadi kemudian tuang Susu cair.. Nak lagi sedap Susu cair tu campurkan Sedikit Garam... 😋😋

Đọc thêm

resipi yang saya nk kongsikan ialah pengat pisang. bahan-bahan nak buat pengat pisang sangat senang dapat bahan-bahan 1. 3-5 biji pisang tanduk 2. santan 3.1/2 cawan sagu (bersihkan) 4. 2-3 keping gula melaka 5. 1/3 cawan gula pasir 6. 2 helai daun pandan 7. garam secukup rasa cara-cara 1. buang kulit pisang tanduk dan hiria setelbal 1-2cm 2. rendam dalam air kapur sekejap 3. bilas pisang dan masukan dalam periuk. masak pisang bersama santan,sagu,gula melaka,gula pasir,daun pandqn dan garam secukupnya atas api yang perlahan. kacau dengan kerap. 4. apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidang

Đọc thêm
Thành viên VIP

Hari cuti adalah detik yang paling dinantikan. Ini adalah peluang terbaik untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti memasak dengan dapur gas. Anda terjebak dengan rutin yang sibuk dan melelahkan. Salah satu perkara menyenangkan yang anda dapat lakukan adalah membuat pencuci mulut yang sedap dimakan. Sekiranya anda keliru dengan jenis pencuci mulut apa yang ingin dibuat, jangan risau! Artikel ini akan menunjukkan 7 Resepi pencuci mulut untuk hari cuti yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. Antaranya ialah: 1. vanilla cupcake 2. Mixed Berry Panna Cotta 3.Pudding Custard 4.Fudge Brownies

Đọc thêm

Pencuci mulut yg ringkas utk keluarga tercintaa saya ialah, puding telur karamel. Bahan-bahan. Telur 5 biji Susu cair 1 tin Susu pekat 1 tin Esen vanilla Gula pasir 500 g Cara masak. 1. Masak gula di atas api yg sederhana. Utk membuat gula hangus. Hati2 tau. 2. Blander kan telur 5 biji bersama susu pekat, susu cair dan sedikit esen vanilla. 3. Tuang gula hangus di dalam loyang kemudian masuk kan bahan2 yang telah diblander. 4. Kukus sehingga masak. 5. Masuk kan ke dalam peti seketika. 6. Terbalikkan loyang di atas bekas yg cantik. 7. Potong dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba. ❤️

Đọc thêm

Resepi yg ringkas Sagu Gula Melaka Sagu 1 plastik kecil Gula pasir Gula melaka Daun pandan Santan / susu cair Air Sirap sbg pewarna sagu *sukatan agak2 saja Cara cara 1-Basuh biji sagu utk cepat masak 2-Didihkan air dan masukkan biji sagu dengan api yg sederhana, sentiasa kacau sagu. 3-Tapis dan lalukan air utk buang kanji. 4-simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti. Air gula 1 - Masukkan air, gula melaka, daun pandan dan sedikit gula pasir. Masak hingga gula larut. 2-Sejukkan air gula. 3-Boleh hidangkan sagu di dalam bekas yg kehendaki bersama air gula dan juga susu cair.

Đọc thêm