JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438
saya suka buat koktail buah buah bahan dia 2 tin susu cair 1 tin laici / longan 1 tin buah untuk koktail Nata de coco Sumi Jelly sedikit bahan perasa (gula) cara buatnya Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain) Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam. Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan/masak di atas dapur untuk seketika. Jika dimasak, sejukan dahulu barulah boleh masukan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan. Untuk lebih sedap, sejukan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.
Đọc thêmPuding roti sos kastard Bahan A: 7-8 keping roti 2 sudu besar mentega - cairkan 3 sudu besar kismis Bahan B: 500 ml susu segar @ 2 cawan 4 sudu besar gula halus 2 biji telur 1 sudu teh esen vanilla Untuk Sos Kastard 1 tin susu cair ¼ tin air - guna tin susu cair tadi 2 sudu besar tepung kastad 2 sudu besar gula Cara cara: Puding Roti Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit. Sos Kastard. Campurkan semua bahan sos kastard ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat mengikut kepekatan ikut selera masing-masing. Sedia dihidang 😻 Selamat mencubaaaaaaa 😋
Đọc thêmresepi Bubur Butir Nangka😋😋 • Bahan A Butir Nangka: • 2 cawan beras pulut • Pewarna makanan mengikut citarasa • 1 sudu kecil air kapur • Garam secukup rasa • Air mengikut keperluan • Bahan Kuah: • 1 kotak kecil santan segera • 1 sudu kecil rempah biji halba • Sehelai daun pandan • 1 mangkuk kecil sagu biji • Gula dan garam secukup rasa • Caranya 1) Adun bahan A seperti membuat buah melaka 2) Masukkan warna unggu dalam adunan 3) Gentel adunan berbentuk bujur@bulat 4) Rebus air sehingga mendidih kemudian masukkan adunan yang sudah siap dibujurkan@bulat. Apabila sudah timbul,angkat dan toskan 5) Rebus santan gula sedikit garam dan adunan yang sudah siap. 6) Masukkan sagu biji sekali 7) Sambil di kacau supaya tidak pecah minyak 8) Masak sampai mendidih 9) Siap,sedia untuk di hidang.
Đọc thêmResepi pencuci mulut yg mudah & ringkas, tahan lama & selalu saya buat ialah brownies 😍🥰 Ahli keluarga saya memang penggemar kek coklat dn blh makan kudap kudap bila2 masa sahaja 😉 Bahan A - coklat coin 300g ( jenama apa2 pun blh) - butter 130g *campurkan bahan dn masak secara double boil atau masuk dlm mikrowave selama 2 minit api panas sederhana Bahan B -tepung penaik sendiri / tepung kek / tepung gandum 100g Bahan C -gula perang 100g ( kalau nk manis blh buat 150g) -telur 3 biji gred b -aisin vanilla 1 teaspoon/ satu penutup * campurkan bahan C sehingga sebati Cara masak - 1. Panaskn oven 160 selama 10minit 2. Campurkan bahan A B & C ke dlm satu mangkuk besar & gaul hingga sebati 3. Masukkan dlm loyang yg dh di letak baking paper 4. Masuk dlm oven dn masak selama 40 minit Siap! 🥰🥰
Đọc thêmRESIPI PENCUCI MULUT : Kek Batik Biskut Marie Bahan-bahan 1. Biskut Marie - 1 pek 2. Mentega / butter - 250 gram 3. Milo - 200 gram 4. Serbuk Koko - 3 sudu besar (diayak) 5. Susu pekat - 3/4 tin Cara Masak 1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Tuan punya resipi guna loyang berukuran 8"x8". 2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair. 3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati. 4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas. 5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis. 6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Đọc thêmBengkang tepung resepi daripada abah sy. Mmg dari dulu lagi family selalu request sy buat bengkang tepung ni sebagai pencuci mulut. Nak buat senang sangat ambil masa sejam saja. Rasa pun sedapp makan panas2 pun best. Alhamdulillah mak mertua pun sampai minta jugak la resepi dekat sy sebab ayh mertua suka sgt sampai teringin sbb dah lama kami tak balik kg bawak bengkang tu 😅 Resepi bengkang abah : Telur 2 biji Minyak 1/2 cawan Gula 3/4 cawan Tepung gandum 1 cawan Soda bikarbonat 1sdt Baking powder 1sdt Essen vanilla 1sdt Coco powder 1sdt Susu cair 1tin Air panas 1 cawan Mix semua ikut turutan, sampailah sebati Masukkan dalam loyang, masukkan dalam oven suhu 150c selama lebih kurang 1jam dan siapp 🥰
Đọc thêmYang mudah bagi saya ialah puding. Sesuai juga utk anak2 yg tgh tumbuh gigi & tak lalu makan. Boleh tambah buah-buahan so jadi lebih berkhasiat. Mudah sebab tak perlu masuk oven, buat waktu malam dan biarkan dalam peti ais. Esok pagi boleh hidang kat anak. Bahan:- 10 gram serbuk agar-agar 4 cawan air- 1 cawan gula (letak 3/4 cawan je, buah naga dah manis) 1 tin susu cair (400 ml) 2 tin buah pic (dipotong dadu) - *saya tukar 1 biji buah naga ungu - dipotong kecil baki potongan buah naga - untuk hiasan jika suka # - hiris buah naga setebal 1 inci dan tekankan straw saiz besar. Cara Membuat:- Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan susu cair dan potongan buah pic/laici. Kacau rata.
Đọc thêmOreo cheese bahan A =biskut Oreo & butter kisar biskut Oreo (cream dlm Oreo asingkan) then panaskan butter.Gaul smua bahan then masukkan dlm Loyang kemudian simpan dlm freezer. bahan B = cream cheese ,susu pekat,susu full cream,vanilla Essen ,gula ,Oreo Dan gelatin ~potong or hancurkan kasar Oreo. ~larutkan gelatin kedalam air panas. ~blend or mix cream cheese,susu pekat,susu full cream,sedikit gula Dan vanilla assent,cream Oreo yg diasingkan mula2 tadi boleh dimasukkan sekali. setelah smua bahan telah diblend masukkan gelatin yg telah dilarutkan Dan masukkan juga Oreo kemudian Gaul sehingga sebati .. tuang adunan cheese kedalam Loyang yg telah diletakkan Oreo tadi .. freezer dalam beberapa or satu malam .. siap dihidangkan
Đọc thêmAde ke peminat PUDING ROTI KUAH KASTARD dalam group ni.. ?🤭🤭 kalau ade yang teringin buat la ni sy sertakan resepi nye.... 🍞PUDING ROTI KUAH KASTARD🍞 1 paket roti sandwish (potong 4) 1 tin susu cair 7 sb gula 4 biji telur 1sk esen vanila Butter (sapu pada roti) 100g Kismis hitam tabur atas roti 🍞KUAH KASTARD🍞 Susu Cair 1 tin Susu pekat 1/2 tin Tepung Kastard 5 sb Air 800ml Secubit garam 🟥Campurkan semua bahan kacau bagi tepung larut dahulu baru buka api ye. Lepas buka api kena kacau selalu supaya kuah tak berketul². Masak sehingga nampak sedikit pekat sahaja kemudian biarkan Sejuk baru tuang atas roti. 🍞TOPING🍞 1 tin buah mix 🍓 Strawberry 1 pack 🥝 Kiwi 3 biji 🫐 Blueberry 1/2 pack
Đọc thêmBoleh cuba resepi mudah ini😬 Hanya 4 bahan diperlukan. *Resepi Aiskrim Biskut Mangga* Bahan: mangga, whipping cream, susu pekat, biskut (biskut digestive atau cream cracker) Cara-cara membuat: 1. Potong dadu mangga dan ketepikan 2. Pukul whipping cream di dalam mangkuk sehingga kental (tak jatuh kalau diterbalikkan) 3. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati (gunakan teknik kaup balik sahaja) 4. Susunkan permukaan loyang dengan biskut. Alaskan dengan plastik supaya mudah dikeluarkan. 5. Tuangkan sedikit adunan cream dan ratakan. 6. Letakkan potongan mangga. 7. Ulang semula step 4 hingga 6. Pastikan lapisan terakhir adalah potongan mangga. 8. Simpan di tempat beku dalam 4-5jam sebelum dipotong. Selamat mencuba🤗
Đọc thêm