Hai sis. Anak sy pun pernah nipple confuse. Mmg stress sgt sy waktu tu. Anak sy jaundice sampai 20 hari. Mmg stress sbb doktor suruh susukan sejam sekali. Tp baby tak nak direct feed. Jd sy terpaksa topup fm bila dia kena warded kali kedua. Lepas je dia discharge jaundice, alhamdulillah dia nak df. Ni sy share tips yg mana sy igt sy ambil dari kaunselor penyusuan dan apa yg sy try. Sis kena banyakkan skin to skin dengan baby. Sis bukak baju, baby pon bukak baju pakai pampers je. Lepastu peluk dia supaya dia kenal bau sis. Lepastu kerap offer breast dekat baby, jgn tunggu baby lapar. Masa dia relaks or mamai, offer je. Kalau baby menangis, tenangkan dulu lepastu offer lg. Kalau tak boleh juga, try next session. Bagi susu guna syringe atau cup, bg dia tenang separa kenyang, lepastu offer breast. Untuk inverted nipple sy tak sure mcm mana. Boleh guna nipple puller. Jangan risau, nurse pernah cakap dkt sy, nipple kita ni hanya lah aksesori, semua jenis nipple boleh susukan anak. Sis jgn stress2. Kalau tak larat nak pam, sis minta tolong husband utk cuci pam, simpan susu n bg susu kt baby guna cup. Nak menjayakan penyusuan ni, tak boleh kita sorang sis. Kena ada support dari suami, keluarga dan org sekeliling. Sy harap sis kuat. Buat la apa yg sis termampu, jgn paksa diri ya.
Cuba sis tgk video oral massage for baby yg ada niple confuse mungkin boleh buat. Sy dulu pun masa awal2 nipple sakit and pedih sgt bila menyusu sbb baby suka ketap gusi dia and mungkin position tak betul. Lama2 alhamdulillah dah okay dah dpt rentak & bonding tu dah ada jadi mudah utk dia latch. Banyak kan sabar & doa dipermudahkan urusan kita utk menyusu anak
sy pun inverted nipple.. awal2 luka sampai guna nipple shield… ada jugak bg botol tp limit sehari sekali je… then check up sebulan berat anak x naik… risau ye tuhan je tahu. jadi sy panggil lc dtg uma. so rupanya salah cara penyusuan.. anak sy latch betul tp salah cara so x dpt deep latch.. skrg alhamdullilah sy dah makin mahir susukan dia
No worries sy juga inverted nipple both breast still breastfeed and mls nk pump
Nipple pendek ke??klo pendek pon salah satu punca jugak
Icha