Warded sebab ingat leaking tapi...
Mom semua. Pagi tdi sy kencing mcm biasa, tapi pelik dah stop kencing (warna air kencing kuning), ada air lain keluar tpi putih. Sempat sambut guna tangan pastu tengok warna putih jernih hidu pulak xda bau. So assume tu air ketuban. Terus bgtau suami utk ke hosp. Bila sampai hosp check apa semua xda lagi bukaan. Dr scan air ketuban 13. Dalam range normal, misi check bukaan then suruh batuk pun xda percikan/air ketuban yg mengalir. So misi assume mungkin salah faham/keliru antara air ketuban atau air kencing. Dr suruh warded dulu utk pantau guna pad. Dlm 24 kalau tiada apa, mungkin discharge. Saya risau kot misi/Dr assume sy ni terlebih risau sampaikan air kencing pun xdapat beza. Risau kena cop terlalu takut as firstmom ni. Btw sy 38w 6d dah, sebab tu agak berjaga-jaga. Boleh bagi pendapat tak?