'Jika tidak segera menjalani pembedahan, jantung akan gagal berfungsi'

Menurut laporan oleh Berita Harian, sejak dilahirkan pada 1 Februari yang lalu, bayi lelaki berusia dua bulan, Nyeo Jia Ho telah menghidap penyakit jantung berlubang jenis Atrial Septal Defect dan Patent Ductus Arteriosus (PDA). Ibu bayi berkenaan, Ang Suh Huwa berkata amat sukar untuk menjelaskan perasaannya ketika ini kerana dia tidak dapat mendukung, menyusu dan menjaga anak kelimanya itu selepas doktor mengesahkan menderita penyakit tersebut selepas dua minggu dilahirkan. ''Sehingga ke hari ini, saya masih tidak berpeluang untuk peluk dan cium anak sejak dilahirkan dua bulan yang lalu. Sebagai ibu, saya hanya dapat melihat dan menyentuh tangannya bagi menghilangkan rasa rindu.'' ''Lebih menyedihkan apabila melihat banyak wayar dipasang pada tubuh kecilnya. Jia Ho lahir pramatang, pada ketika itu usia kandungan baru 36 minggu. Sehingga kini dia terpaksa ditempatkan di NICU.'' jelasnya. Sumbangan boleh disalurkan secara terus melalui link ini : https://my.theasianparent.com/mohon-sumbangan

'Jika tidak segera menjalani pembedahan, jantung akan gagal berfungsi'
8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Get well soon baby☹️ #TAPSupermoms #TAPactiveusers

Đọc thêm

Semoga cepat sembuh dengam baik

moga cepat sembuh baby comel..

Get well soon dear 🙏🏼

Thành viên VIP

😔get well soon dear..

Influencer của TAP

Moga cepat sembuh 😔

Thành viên VIP

Get well soon baby...

semoga cpt sembuh syg