HB Low sepanjang kehamilan ketiga
Masa mengandung anak ke tiga diuji dengan HB low seawal 14w. Doktor sarankan tukar ubat kepada Iberet. Tapi naikkan dos sehari 2biji..sebab hb takde peningkatan.. Yang paling seronok makan nie tak kena sembelit. Pembuangan Alhamdulillah lancar. Suka minum dengan air oren bila nak makan ubat nie. Boleh juga add on Vitamin C makan sekali serentak. Nie apa yg doktor saya cadangkan lah. Yang paling penting kerapkan makan buah buahan & sayuran yang tinggi serat sebab nak elakkan sembelit.