Upt makin samar

Masa awl² pregnant minggu ke 4 upt saya check Naik double line pekat...tapi hari ni saya dah 10 minggu saya sje² lah test upt..tapi double line makin samar😔 tak macam mula² test tu naik terang jee..normal ke ibu² dah masuk 10minggu upt makin samar tak terang..saya jadi risau..saya pernah gugur bln2..nak scan duit tak brpa nk ada..tlg jawap ye ibu² trima kasih #firstmom

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Đọc thêm

pnh alami..actually test upt sekali pn cukup dh then scan masa 8w ke atas. mcm sy, sy scan masa 11w. lmbt .every week jg buat test upt (trauma pnh gugur dan ikut Dr Imelda kata nk scan biar 11w-14w mcm tu)..tak dinafikan, masa test awal2 tu terang .tp lama2 jadi tak seterang yang first time. boleh jadi sbb air dlm bdn terlebih kot atau strip yg digunakan xsama accuracy (first test pakai dip n tell)..yg lain2 pakai strip upt beli kt shopee yg murah tu .. so jgn risau .as long as tak bleeding atau sakit inshaAllah xde apa2.ok boleh scan kt sonobee.Termurah antara semua2 tpt..atau boleh je ke KKIA..kenalan sy scan xnmpk kt klinik .then dia pgi KKIA dan buat test urin utk pgsahan kehamilan..tp scan machine lmbt sikit la sbb kena tggu next appointment.ikut KKIA jg kot

Đọc thêm

Hmm kenapa ramai mommies yg suka test UPT berkali kali ye.. saya kurang faham kenapa nk buat mcm tu sbb ramai yg makin jadi runsing and risau kalau nampak makin samar. Bila runsing kita akan stress and stress is not good for you and baby. Sya dulu test total 2 kali on the same day sbb nk kepastian. And then that’s it. Saya pergi scan untuk confirmkan pregnancy and then start pergi monthly checkup. Tak pernah terpikir nk buat test UPT berkali kali. As long tak de bleeding tak de ape.. InsyaAllah okay. Jgn runsingkan diri. Nanti boleh bukak buku. Awak pun dh 10 weeks kan.

Đọc thêm
1y trước

Kalau ada bleeding, mmg lah kena check upt lagi. Kalau takda bleeding, teruskan shj kehidupan hihi

rse nye sume ibu2 test upt tyme awal2 kehamilan je.. ble da naik double line, da xde test lg dah.. trus peg scan.. klu awak xde bleeding jgn rsau, insyaaAllah ok.. Tp klu nak pastikan keadaan janin awak sme ade ok ke x, mjadi ke x, ade heart beat ke x (sgt penting) memg kne scan.. upt da x bley pki.. klu masalah kwangan, mgkin bley peg kk yg tdekat utk konfirmkn kehamilan.. cbe tgk kot2 kk awak bley scan.. ade ssetengah kwasan xde scan, kte kne scan kt swasta.. smoga urusan awak dpermudahkn..

Đọc thêm

Kenapa masih buat upt ehh walaupun dah tau tengah pregnant? Dah 10w memang dah confirm pregnant patut upt dah boleh buang jauh2 sis. Kan dah merisaukan diri sendiri. InshaAllah ok je doa yang baik2. Dan tak perlu test lagi upt.

Sy mcm ni upt dah pudar, usia kndung 10week..smlm bru scan alhamdulillah smua ok baby pun ok size sma mcm week pregnant..jgn rsau sgat sis slagi xde kluar pndrahan yg teruk insha allah smua baik2 je..+ye..

tak buka buku lg ke? sbb kalau nk buka buku, kebanyakan kk nak salinan scan di luar yg nampak heartbeat tu. scan di Sonobee murah sis. boleh google area yg berdekatan sis. tak silap sy scan biasa RM28 je

takde duit sbb tu tk bole scan ye? sy scan dekat KK je. RM 1. bgtau je nak sahkan pregnncy. sebab pernah gugur so nak kan confirmation. bayo je le rm1. dh nmpk heartbeat dpt surat buka buku pink .

10 minggu dah tak perlu check2 upt lagi. Kan dah risau tu. Kalau 10 minggu awak boleh pergi scan. Boleh cari klinik scan yg murah. Semoga dipermudahkan

sy hr ni 10w. dah start bukak buku dan doc scan td.. bby pun dah nmpk. sis g bukk buku nti doc scan klu kita xpnah scan mana2 lg.