kepercayaan khurafat

Marilah kita bersama-sama membuang khurafat berkenaan kehamilan dan bersalin. Khurafat 1: Jika ibu mengandung makan mee, nanti talipusat terbelit-belit leher bayi di dalam kandungan Khurafat 2: Semasa mengandung, jika suami memancing ikan, nanti anak di dalam kandungan dapat kecacatan clef lip (zaman dulu orang panggil ini sumbing) Khurafat 3: Kepercayaan kepada kenan sebagai punca kecacatan fizikal bayi di dalam kandungan. Khurafat 4: Semasa ibu mengandung, tak boleh menjahit atau mengait, nanti talipusat anak di dalam kandungan terbelit-belit. Khurafat 5: Jika ibu mengandung mengidam manis-manis, akan dapat anak perempuan tetapi jika ibu mengandung mengidam masin-masin akan mendapat anak lelaki. Khurafat 6: Pedih uluhati bermaksud anak di dalam kandungan akan berbulu atau tumbuh banyak rambut. Khurafat 7: Jika ibu mengandung makan sotong, nanti susah nak beranak. Khurafat 8: Jika ibu yang nak bersalin ikat rambut, nanti jalan tak buka dan susah nak bersalin Khurafat 9: Memakaikan tangkal kepada bayi yang dilahirkan atau meletakkan alat tajam di bawah bantal untuk menghalau gangguan makhluk halus. Khurafat 10: Menanam uri placenta dengan alat tajam untuk menghalau gangguan makhluk halus yang menyebabkan baby selalu menangis. Khurafat 11: Menanam uri placenta dengan alat tulis supaya anak menjadi pandai Khurafat 12: Selepas ibu bersalin, tidak boleh turun ke tanah nanti diganggu oleh jembalang tanah. Khurafat 13: Selepas ibu bersalin, tidak boleh tersepak ibu jari, nanti tumpah darah. Khurafat 14: Berapa biji-biji hitam yang dilihat pada talipusat meramalkan berapa ramai anak ibu akan dapat. Semua tilik-menilik membuat ramalan apa akan terjadi menggunakan perbuatan yang tiada kaitan dengan pengakhirannya ialah Khurafat binti Tahyul. Marilah kita memperkasakan wanita Malaysia dengan ilmu yang betul. Bangkitlah orang Malaysia. Toksah percaya kepada khurafat. post fb dr imelda

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

👍