Maaf ibu2, nak tanya pendapat sikit. Betul ke baby boleh dengar apa yang kita cakap sewaktu baby masih dalam kandungan? Saya runsing sebenarnya. Sbb dr awal sy mengandung smpai skrg, suami saya suka mencaci maki dan marah marah. Perkataan kasar dan tak elok, saya takut baby sy dengar. Setiap hari saya menangis dan bengkak mata. Tambah pula tengah mengandung, beremosi sikit. Sehinggakan saya beratus2 kali fikir untuk minta cerai, tapi hati masih pilih untuk bersabar. Suami sy sangat baran walaupun tak pernah naik tangan tapi setiap masa marah marah, saya pula seorang yang lembut hati. Air mata dah jadi perkara biasa. Adakah ia akan effect pd kandungan atau anak? Sy benar2 runsing skrg. Maaf kalau soalan sy buat ibu2 rasa tak relevan. Tp sy betul2 perlukan pendapat dari ibu2. Apa yang perlu sy lakukan? Minta cerai atau terus berdoa agar suami sy berubah?