Sis awak tak keseeorangan, bila saya baca, saya macam eh aku ke yg tulis ni, bila masa pulak aku tulis ni hahaha. Sbb situasi kita sama sangat, awak tahu tak smlm anak saya tido pkul 7 pagi, suami yg dodoikan sebelum dia pegi keje, saya dah separa sedar je sbb letih berjaga malam. Tapi kita kena kuat sis. Koyak mmg koyak sbb jaga anak sambil tesengguk2. Macam2 kan kita cuba tapi semua tak jadi 😭 Kalau sis rs perlu bantuan alat tidur seperti buai dan pacifier, go for it. Saya masih boleh bertahan setakat ni. Saya pun geram je dengan anak saya yg 5 bulan ni. Ada satu malam tu saya geram sgt saya cium dia kuat2 sbb dia taknak tidur. Sekali dia suka² pulak saya buat macam tu, tbe hilang stres haha. Tapi pagi dah mcm zombie time kejut suami pkul 530 pagi, suami terus mandi n solat, terus sambung jaga anak, kita ni dah nak pengsan.
Anonymous