Currently 9weeks++

Korang yg tengah first trim sekarang, tengah melayan alahan, macam mana korang survive? Sy siap mintak unpaid leave sebulan ya guys, punya lah tak larat nak pergi kerja.. melepek je macam kain buruk

8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sama sy tak larat sangat 🥲 banyak baring je tahu2 tidur.. tidur pun x lena kejap2 terjaga. Masuk 8-9 weeks ni kalau duduk atau berdiri mesti perut x selesa lepastu mual uwek2. Harap t2 nnti ada perubahan 🤲🏻 dalam kepala ni fikir sabar nnti dah kuat nak pi makan sukiya sbb teringin!! Sekarang takde selera makan jadi nk tunggu t2 mana tahu selera makan bertambah kan..

Đọc thêm

currently 9w jugak.. memang rasa macam kain buruk. anak dari A-Z husband urus, rumah pon sama, makan pon tapau luar je. lepas maghrib dah K.O. start tengahari sakit kepala sampai ke malam. tapi alhamdulillah untuk rezeki yang Allah bagi, nikmat pregnant lagi sekali after 2 kali miscarriage.

same here…9weeks…pregnant anak ke3….sy alahan time petang and mlm je…..ada tak yg mcm ni..?? huhuhuhu…..pg alhamdulillah masih lagi leh aktiviti mcm biasa….masuk petang and malam…dia punya mual, sakit kepala and loya x boleh nk bawak bincang….😭😭

samalah. ini anak ketiga. Semua anak memang 1st trimester alahan teruk. tiap sejam muntah, sakit pinggang, loye, tak selera, badan lembik sangat. berat mmg akan drop banyak. Tapi ajaib sungguh genap masuk 12weeks alahan semua hilang, fasa selera makan pula😂

Saya pun alahan teruk, pastu orang kata mulut kena sentiasa mengunyah, setiap masa mengunyah makanan 🤣tak nak loya. Cuma bay tumis je tk dapat elak

saya 10weeks sngat la tak larat nak buat apa2..sakit kepala, perut asyik pedih masuk angin je, sendawa pedih sbb asid naik, makan on time je...

Bestnya klau boleh buat mcm tu..hri ni pegi KK dpt MC 2 hri..xlarat nak layan muntah2 ni seharian..lembik lain mcm

Mmg cmtu sis. Lg2 first trimester ni kandungan fragile, so kne jaga betul2

2mo trước

Ye betul tu huhu.. tak sabar nak tunggu 2nd trimester, masa first pregnancy dulu masuk je 2nd trimester terus hilangg semua alahan