Sedih serabut stress😢
Hi korang. Nak luah kat sini nak cerita kat sini kot2 dpt semangat. Sy skrg duduk menyewa di satu taman perumahan di Kedah. Harga sewa rm 600. Last two week suami ad mesej tuan rumah ni minta ihsan, nak mintak kurang sikit bayar sewa. Sbb jiran sebelah yg syor, dia minta kurang dri rm600 jd rm530 masyaAllah kan😭 So kami pun try la kat tuan rumah ni nak minta kurang dgn dia kot2 dpt. Dan2 dia kata dia nak masuk rumah ni bulan 12 yaAllah. Saya due awal bulan 12 ni gais😭. Jenuh mencari rumah tak jumpa2. Mana nak fikir beranak lagi nak fikir pantang lagi. Suami ckp kat dia isteri due awal bulan 12, dia bgi extend sampai akhir bulan 12. Kejamnya takkan la waktu pantang teruk2 tu sy nak kene keluar pindah rumah semua.. Ada eh orang mcmni. Takda belas kasihan lgsung. Skrg suami dh serabut cari rumah tak dapat2. Tolong doakan sy dipermudahkan segala urusan ya mommys.. doa ibu hamil kan makbul😢
Preggers