SILA AMBIL PERHATIAN, IBU AYAH

Kami mendapati sejak akhir-akhir ini timbul kembali isu segelintir ibu ayah yang bersikap menghukum dan tidak sensitif terhadap pengguna lain. Ambil perhatian! Aplikasi theAsianparent ialah platform selamat dan komuniti kami dianjurkan tidak sesekali bersifat menghukum. Kami kecewa kejadian sebegini semakin kerap berulang walaupun sudah beberapa kali teguran dibuat. Ibu ayah, tolonglah bertimbang rasa terhadap komuniti lain. Ingat, kita sama-sama memanfaatkan platform ini untuk saranan, tips, dan perkongsian kehidupan. Setiap di antara kita sudah pastinya melalui jalan kehidupan yang berbeza. Cubalah bersikap terbuka dan jika perlu, tegur dengan berhemah kerana wanita dan ibu, insan yang sangat mudah terkesan. Kami akan terus memantau ruangan komuniti theAsianparent demi menjaga kesejahteraan bersama. Laporkan sebarang bentuk provokasi dan tindakan tidak wajar kepada kami. Kami memohon maaf jika kami tidak melakukan sebaiknya untuk melindungi anda. Terima kasih kepada komuniti ibu ayah yang sentiasa bersikap positif dan bertimbang rasa. Teruskan aktif dan bersama kita sebarkan 'positive mommy vibes' dalam menjalani kehidupan keibubapaan yang sarat ujian. Yang prihatin, Team theAsianparent

44 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Tq admin!!!

❤👍👍

👍

👍💕

Thành viên VIP

👍👍

👌👍

Thành viên VIP

🖒😉

Btl👍

Thành viên VIP

Kita positif kan diri sahaja 🤗... Kalo rasa mok bantu komen baik2... Kita Saling membantu... Sharing kebaikan dan pengalaman... Semoga kita semua dilimpahi rezeki amin 🙏🙏

Thành viên VIP

Sy cadangkan any post or comment kena approval dr admin dulu.. Senang filter dulu sebelum appears pada public.. Tp admin la byk kerja.. Nak kena ubah TAP.. 😅 Sekadar cadangan sbb perasan dah byk kali jd.. Dr sy awal pregnant sampai nak bersalin dah ni.. Haha