8 Các câu trả lời
Pengalaman saya sis. Saya pernah spotting 1/7 masa 7w , bila scan doktor cakap tak nampak apa2 waima kantung. After seminggu saya rasa sakit dekat perut macam period pain masa 8w. Saya pergi scan hanya nampak kantung ja dan saiz kantung baru 4w3d. Doktor ckp baby tak berkembang normal sebab terlalu berbeza. Doktor suruh datang lagi 3 minggu. 3 minggu tula saya murung sebab banyak mommies dalam ni share pengalaman sama tapi kandungan tak selamat so saya pon bersiap sedia mental fizikal untuk terima berita buruk. Dengan kuasa Allah saya pergi scan semula masa 10w4d dan Alhamdulillah nampak janin dan dengar heartbeat. Waktu tu saiz janin baru 8w4d. After 3w tu saya buat TVS Scan sebab ada sis dalam group ni juga yg syorkan saya buat TVS scan untuk nampak lebih jelas dan saya rasa TVS scan tu lebih berkesan pada saya berbanding scan atas (ultrasound) sebab bentuk rahim saya jenis kebelakang so susah nak nampak kalau scan atas. Sis jangan down sangat ya selagi belom ada kata putus tentang keadaan baby. Takpa. Sis bole repeat scan dalam 2-3 minggu lagi bagi janin tu membesar sikit. Maybe waktu tu dah bole nampak. In syaa Allah. Moga ada rezeki buat sis 😊
Jangan down sis, apa apa pun sentiasa fikir positive dan yang baik baik sahaja, supaya minda dan badan sis kuat utk baby, terlalu berfikiran buruk tak elok utk diri sendiri & baby, inshaAllah mesti ada rezeki utk sis. Doakan saya juga ya sis ❤️
Entahlah xtau nak buat apa sekarang, sy dah pergi swasta tp doc advice tak payah scan lagi. Hurmm.. katanya suruh tunggu 12 week.. aduhai nape susah sgt, org lain dr week 5 da bleh scan.
jgn putus asa, scan lagi 2 weeks ya. buat masa ni makan folic acid 1 biji sehari. sy pun 6 weeks kantung kosong, lepastu scan lagi dah nampak embryo & heartbeat. inshaAllah doa byk2
sis scan semula minggu ke berapa ye?
sy ad pnglmn mcm siss dktr kk ckp xda baby..ptg tu juga sy scan luar dh ad jantung.skali dktr swasta buat rport dkt dktr kk.sy nasihatkan sis btter pi klinik yang lain.
saya scan 6 week kosong jugak. doktor suruh datang lagi 3 minggu. bab folic acid tak payah makan dulu tu xsure pulak. apa kata check dekat klinik lain pulak
Awal lg tu sis..doc selalu sruh dtg semula..sy scan msa 5w lebih..lps 2 minggu dtg semula dh nmpk bby walaupon kecik..dh dgr jantung..alhamdulillah
Alhamdulillah sis happy for u.. InsyaAllah sy baru ada kekuatan utk pegi ke klinik lg. Harap semua ok. Tq ya sis maaf sgt bru baca semua msg kt sini
6 weeks biasanya terlalu awal nak tgk baby. xpe, tunggu 8 weeks ke atas. Atau boleh juga try p klinik lain utk minta pendapat.
Anonymous