9 Các câu trả lời
kadang² cara minum ubat tu pun boleh jadi punca hb low.. kena minum 2 jam selepas makan.. Dan kafein macam kopi, teh dan coklat/milo pun punca hb low walaupun dah makan makanan yang boleh naikkan hb tu.. Sy pun macam sis jgk.. pelik kenapa hb low padahal acid folik tk pernah tinggal, makan sayur bayam, kerang, daging dan minum ubat dengan sunquick pn tk menjadi jgk.. Alhamdulillah ada orang ingatkan pasal kafein tu sebab sblum ni sy suka minum milo pagi² 😂 lepas je tau psl tu sy terus stop/kurangkan minum milo alhamdulillah hb naik balik..
saya hb low jugak . saya amal mkn makanan yg boleh bgi hb naik . hati ayam, hati lembu, kerang, paru, bayam, jambu batu, pagi dgn malam pulak saya minum pati delima . cuba cari kat shoppe pati delima gulsan . alhamdulillah hb naik . sekarang hb dah okey sangat sangat . maintain jaa . 34week dah
banyakkan makan oren dan vit c.makan iron tablet dengan air oren banyakkan air kelapa.bayam kalau boleh ratah jer bnyak2 buah beri2 elok sngt amal anggur pon dah okey.blh try susu hl marigold
blh tambah ikhtiar dgn suppliment. saya mkn juga jus mamariam. aritu sebelum ada mamariam hb saya 10. skrg dah ada ni alhamdulillah dh dapat dh 11 hb. mkn ubat dan mkn juga jus mamariam
Puan consume ubat apa? Kalau still rendah boleh mintak tukar ubat. And kalau boleh elakkan kafein dan jgn mkn ubat bersama air susu. Jarakkan dlm sejam/2jam sebelum atau selepas makan ubat
Sy consume ubat ibaret. Sebelum ni obimin. Obimin pon hb tk naik. Sy tukar ibaret plop..
try makan buah jambu batu, kerang, banyakkan sayur contoh mcm bayam.. makan ubat klinik 2jam lepas makan & air berkafein..
Sy minum susu everyday nestle.ada extra iron. lain org lain badan. sis minum last minute sebelum bersalin hb naik.
xleh minum susu teh milo sblm atau slepas mkn ubat kena minum yg brasaskan vit c dulu bg dia serap ubat tu
makan je maltofer . insha Allah hb naik mencanakkk
ada ambil dgn apa apa supplement atau ubat lain ke
yaya