Termarah😭

jadi surirumah sepenuh masa tersangat la penat mental dan fizikal.. dengan ada anak kecik yg semakin membesar.. aku taktau nak luah kat sapa lagi.. nak luah kat laki, dia balik keja dah penat.. dengan family lg la.. kawan pon takdak.. aku taktau semenjak jd mak2 ni cepat sangat aku naik angin.. aku marah anak aku hanya sebab benda2 kecik ja.. marah bukan marah sikit2 tapi aku jerkah depan muka anak aku.. sampai lari anak aku sebab takut..kadang aku cubit anak aku😭😭 sekali tu sampai lebam.. ya allah mak apa aku ni.. bila tengok anak time tidoq mula rasa bersalah, ayaq mata berlenang sebab tergamak buat anak sampai macam tu.. series aku rasa berdosa sangat.. kadang bila pikiaq aku ni gila dah ka sampai tergamak buat macam tu kat anak.. hampa tolong jangan kecam aku.. aku cuma nak luah.. nak minta semangat dari hampa ja😭😭😭😭 type ni pon ayaq mata berjurai😭😭 #bantusharing #firstbaby #firstmom #pleasehelp #ingintahu

34 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

semoga sis sihat dan bahagia selalu .. lain kli kalau rasa marah cuba berzikir bagi muslimlaa .. klau agama lain ikut cara masing2 .. sbb tuhan sebaik2 pendengar .. sis ibu hebat dan kuat .. fighting sis

Influencer của TAP

saya cadangkan ibu dapat take a rest at least seminggu sekali. Faham sangat bila dah jadi ibu ni masa untuk diri sendiri konfem ke laut. semoga ibu sentiasa kuat dan bersabar dengan segala ya.

pandang la anak itu sbg anugerah dri Tuhan. InsyaAllah, kita akan jadi tenang dan ikhlas nk hadap ragam mereka. . bising2 anak kita.. sekurang2nya kita ada anak, org lain xde anak..kesian

Thành viên VIP

Sabar sis. Tulah dugaan kita. Bila nak marah je sy ada mantra “budak2 memang xsepatutnya behave, kita yg dewasa ni kena behave kemarahan kita” gitulah

sama la dgn sy...tpi kena control...marah biar kena cara... kebanyakannya sama2 merasai pengalaman tuu...apa2 pun...jaga anak elok2..

cuba bahagiakan diri sendiri dulu, insya Allah kita boleh hadap apa apa situasi dengan tenang ♥️

Influencer của TAP

Tu tanda ibu dah penat dan stress. Kena ada waktu bertenang dan muhasabah diri.

Thành viên VIP

Sending big hug to you sis. Saya faham dan pernah rasa. ❤️

Cuba tenangkan diri.. Belajar tenangkan diri semasa marah..

Influencer của TAP

Puan, keluar rumah riadah pagi morning walk satu famili.