L A M - apa tu?
Ini adalah kaedah merancang kehamilan yg semulajadi; iaitu apabila menyusu penuh (exclusive breastfeeding) maka kehamilan dapat dicegah. Lactational - proses penghasilan susu badan Amenorrhoea - tiada haid Method - kaedah Kaedah ini >98% efektif. Tapi kena ada 3 faktor ni: 1. bayi berumur 6 bulan ke bawah 2. ibu tidak datang haid sejak selepas bersalin 3. menyusu penuh sepanjang masa - kalau EBM kat tempat kerja; jarak EBM tidak melebihi 3 jam, sekali EBM mesti at least 2 let downs. Untuk usia bayi melebihi 6 bulan, kaedah ini menjadi kurang berkesan kerana waktu ini bayi sudah diberi makanan tambahan. So mommies yg exclusive BF, boleh save yourself from taking contraception for the first 6 months!