Nk tanya ada sesiapa momy masalah HB? Makan dh jage knpa HB tk naik2 ye?

17 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya amik iberet dgn air pati delima tanpa gula. Makan 30 minit sebelum atau selepas makan.. Lebih baik kalau makan sebelum makan, lepas tu nak mula makan, cuba amik buah yg tinggi vit c dahulu baru makan makanan lain. Mcm saya, saya suka amik kiwi, lepas tu baru lah makan nasi ke ape mcm biasa. Kalau boleh dlm 6 jam pertama selepas makan ubat tu elakkan amik minuman berkafein. Buat ikan bilis goreng atau kekacang sebagai snack utama, dgn minum susu kurma FarmFresh. Tu antara yg membantu naikkan hb utk saya.. ni mmg combo yg beberapa nurse & doktor yg saya pernah jumpa share. Saya gabung dan cuba masukkan dlm plan permakanan saya. Masa akhir trimester 2 ke awal trimester 3, saya amik 2x iberet sebab hb bawah 10.5 dan makin turun tiap kali check-up walaupun dah amik iberet. Siap diorang suspect saya skip/muntahkan ubat 😅sebab tak de perubahan masa tu walaupun 2x sehari. Padahal, gigih sistur makan ikut time saban hari 🥺. Yg 2x sehari ni saya amik atas nasihat doktor dgn nurse ye.. jgn ubah sendiri atau ambil 2x sehari kalau doktor/nurse awak suruh makan sekali sehari. Sekarang amik 1x sehari dan dah maintain 11 ke atas, hb ni dia nak naik amik masa. Jadi sabar dan konsisten dgn cara & amalan permakanan yg awak tgh cuba tu, bagi masa dlm 2-3 minggu utk lihat hasil. Kena tahanlah sikit kalau nurse marah ye.. yg penting kita mmg tgh usaha nak bagi hb ni naik.. 😊 Harap bermanfaat & membantu, in sya Allah🌷

Đọc thêm
3y trước

Saya amik jenama Fars, ikut kesesuaian, kalau tak sesuai, boleh tukar & cuba jenama lain, sis 😄