Waalaikumsalam. Kerap kencing tak ada apa masalah. Cuma bila sakit tu bahaya. Sis sakit tu ada sekali dgn bau kencing lain sikit tak bau dia? Risau ada kuman. Boleh jadi GBS. Tapi boleh mulakan sentiasa pakai pantyliner. Tukar pantyliner kerap. Selepas kencing pastikan lap kering kering. Kerana seluar dalam lembab boleh menyebabkan bakteria berkumpul. Dan jangan tahan kencing ye. Itu kesilapan saya dulu suka tahan kencing. Alhamdulillah lepas keluar hospital tak ada tahan kencing dah and sakit pon hilang.
Jgn jd mcm sy sis.. seminggu duduk kt hospital sbb urine infection kuat.. mula² kencing kerap n sikit , smpai la xboleh kencing langsung walaupon perit rasa nk terkencing.. seksa utk ibu, bahaya utk baby..
Kerap kencing tu normal. Tapi kalau berserta dengan sakit tu tak normal. Macam kencing kotor. Check up nanti inform doktor tau
Selalunya kalo kencing sakit, takut kena kencing kotor.. Better pegi cek kat klinik
sis kena cek mgkn kena UTI dan kena makan antibiotic
mngkin kncing kotor..