Keputihan semasa pregnant adakah normal?

Hi ibu2 semua. Nak tanya keputihan semasa pregnant ni normal ke? Sejak tahu pregnant setiap hari ada keputihan. Banyak pulak tu mcm, kadang tu keluar mcm yogurt putih tapi takde bau yg aneh2, takde gatal. Skrg ni saya pregnant 7w+. Adakah situasi ni akan berlarutan sampai lahirkan baby atau akan hilang nanti? Ada apa2 tips dari ibu2 semua yg boleh share #firstbaby #ingintahu

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

lendir yang keluar di faraj adalah jernih atau berwarna putih. Jika warna keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan ia menandakan tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang tidak berbau dan tidak mengeras adalah normal tetapi sekiranya keputihan itu berbau hanyir dan mengeras bermakna ia adalah keputihan yang bermasalah Seperti yang diterangkan, keputihan di faraj yang berwarna hijau atau kekuningan, berbau busuk, atau disertai dengan kemerahan atau gatal-gatal, adalah tanda-tanda anda mengalami jangkitan faraj. Salah satu jangkitan yang paling biasa semasa hamil adalah jangkitan kulat candida, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Penyebab lain yang tidak normal adalah jangkitan bakteria seperti bakteria Vaginosis. Jika kes-kes berkaitan dengan jangkitan faraj perlu diingatkan supaya tidak merawat diri anda sendiri dengan ubat-ubatan yang di beli di kaunter farmasi. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis tepat dan rawatan yang betul. Keputihan ialah cecair atau lendir yang keluar dari faraj wanita. Tugas keputihan adalah untuk megimbangkan pH dan bakteria semulajadi di sekeliling faraj wanita. Ia bertindak sebagai pencuci semulajadi untuk membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini. Jikalau pH faraj menjadi tidak seimbang, ia mudah bagi bakteria atau kulat menjangkiti faraj menyebabkan pertukaran warna, ketul-ketulan dan bau yang amat tidak menyenangkan.. Apakah Jenis Keputihan Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil? Kepekatan dan jumlah lendir keputihan faraj bergantung kepada kitaran haid bagi setiap wanita. Keputihan yang tidak disertai dengan gatal-gatal, tidak ada bau dan tidak menyebabkan ketidakselesaan di faraj dianggap sebagai keputihan yang normal. Keputihan berwarna hijau saat hamil menunjukkan anda mempunyai jangkitan bakteria atau jangkitan kulat di faraj. Kebiasaanya jenis keputihan ini disertai bersama gatal-gatal, rasa pedih ketika kencing atau rasa sakit ketika bersetubuh. Anda akan sedar faraj anda akan mengeluarkan bau busuk seperti bau ikan hanyir...

Đọc thêm

Better refer dgn doc. Even takde bau, gatal2 tapi kalau banyak still kena risau. Kurangkan yg manis2, banyakkan makan plain yogurt, banyakkan minum air

3y trước

🥰❤️