2 Các câu trả lời

saya pun gdm juga tapi ambil insulin. memang kerap jumpa doktor untuk review bsp pada awalnya seminggu 2 kali selepas itu seminggu sekali . tapi sekarang bsp makin baik so doktor beri 2 minggu sekali. boleh minta timeslip jika bekerja, jika lebih 4 jam di klinik minta doktor awak beri mc. doktor ok kalau kita explain baik² jika nk mc tu.

Hi, pengalaman saya bila sangkut GDM kekerapan checkup jadi 2 minggu sekali. So saya buat BSP sendiri kat rumah then hari checkup review result BSP. Sebelum tu kena tally kan dulu result Glucometer yang KK guna dengan saya punya Glucometer.

Yup. Saya bagi contoh: Hari checkup 13/6. So nurse/doktor tulis tarikh buat BSP dalam buku pink. Saya tak ingat m/s berapa, ada jadual BSP. Then hari checkup tu nanti doktor review result. Ni untuk yang check BSP sendiri la. Yang takde Glucometer sendiri dan kena check kat KK, lain pula procedure nya. Takpe nurse/doktor KK ada budi bicara untuk bincang. Nanti awak raise concern awak dan susun jadual dengan nurse/doktor.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan