perut kecil hamil 5 bulan
hi ibu² ada tak kat sni hamil 5 bulan tpi perut stil nampak kecil normal tak ada yg kata kemungkinan janin kita kecil sedih pula dgr mcm kita kurang beri gizi untuk kandungan
Sy pon mcm ni. Sy ada sorg makcik sedara mulut mmg tk jaga mula2 mmg kecik hati sy, smpi malas nk tegur dia. Tp bila kali kedua dia sllu suruh sy mkn byk, mcm sy ni tk mkn pula cara dia ckp nk mengajar kita. Sy sblm kahwin, masa kahwin, before preggy mmg underweight, 36kg tinggi 155cm. Bila tahu pregnant naik, tp still dlm 45kg. Dia nk pertikaikan baby bump kecik bagai. Sy sklh kan dia, nurse ckp sihat je. Tk payah dgr org dok pertikaikan mcm ni. Lain org lain badan dia, dh tentu kita sblm ni underweight, petite n kurus. So bila naik pon tk mendadak la. Terus dia diam. Org mcm ni kadang2 kena menjawab je sklhkan balik. Biar dia fhm dan tahu. Mgkin dia expect bila 5 bulan semua perut mesti terjojol nampak kot. Geram rasa! Jaga la emosi ibu hamil ni sikit. 😤
Đọc thêmJangan sedih² sis, lain org lain badan. Ada perut besar, ada perut kecil. Mcm saya dh nak masuk 5 bulan perut tk nmpk, smpai kalau jalan sorg² kat mall tu org ingt saya student padahal tgh bawak baby dlm perut kehulu kehilir 🤣 kita tak boleh nak puaskan hati org, kalau org ckp mcm² saya selalu ckp “doakan yg baik² ya” senyap terus org tu. Positif and be happy je, mommy happy baby pun happy 🌹
Đọc thêmawakada scan baby tak? tengok berat dia. kalau awak dah tahu berat dia seiring dgn umur kandungan then pekakkan telinga bila org ckp mcmtu . kita tahu anak kita sihat buat apa nak sedih bila org ckp mcmtu. sy swnyum je kalau org ckp perut kecik sbb anak sy sihat je. dari perut membesar susah plak nak bawak dan tutup aurat. 😂 jgn stress stress ye .
Đọc thêmSaya perut nak masuk 6 bulan tapi nampak kecik ja sebab saya kecik. Tapi scan dr baby semua okay membesar ikut umur dia and dr siap cakap baby saya besar 😂 so pekakkan telinga jur layankan kalau dorang cakap perut kecik senyum je jangan stress enjoy je moment pregnancy kita ni ☺️
Takyah risau la sis. Saya pun pregnant dah 20 weeks perut kecik je sebab saya pun kecik je.tapi pergi check up baby sihat. Berat baby pun sesuai dgn weeks. Baju sebelum pregnant pun boleh pakai lg. 😬 takyah fikir apa org cakap. Badan sendiri asal sihat alhamdulillah syukur🥰
Sy pun perut kecik je. Tak nampak. Mcm perut buncit gtu je tak nmpk mcm org mengandung. Tapi g scan doktor kata berat size semua normal sesuai dgn umur dia. Ada makcik siap tanya, betul ke masa scan ada nampak baby? Huhuhu.
Sy pregnant 5 bulan lebih skrg tapi perut tak macam 5 bulan. Macam baru 4 bulan je. Tapi sy selalu gi scan baby, berat n growth baby ok. Takde masalah dr cakap. Details scan pun sy baru buat je last week.
saya sampai bersalin orang kata perut kecik. elok je anak keluar sihat. nnt scan tanya doktor tumbesaran anak. kalau normal tak perlu dgr orang kata
tkdelah.. baby bump ikut ketebalan perut.. nak thu berat baby scan dekt klinik mana ii lau doc ckp norml normler tu
bdan mommy lain2 , tak sama . jadi normal je . jgan peduli org nk cakap apa , kita yg mengandung bukan dia .