7 Các câu trả lời

macam saya. anak kuning juga tapi alhamdulillah tak berapa tinggi. cecah juga 200+. anak saya memang susah nak bangun. kacau macam mana pon dia takkan bangun. kecuali time mandi. mula ii tu buntu + stress sbb orang dok push suruh bagi anak susu tak kira macam mana sekali pon caranya. tapi bukan kita taknak bagi. baby yg x bangun x hisap susu kn. finally dapat cadangan dari orang berpengalaman mula ii perah susu. x kesah marmet or pump. then saya akan bagi baby minum dengan menggunakan picagari. 2 malam berturut ii saya kurang tidur sebab buat macam tu. nak bagi kuning dia turun. kesian tengok kena cucuk hari ii😢 bagi minum sejam sekali. dapat bagi 10/20ml sekali minum pon ok dh. dan alhamdulillah sabtu ni last check kuning dia. kalau turun, takyh check lagi dah. tutup buku ape ii pon. moga dipermudahkan segala urusan awak. saya share ape yg saya lalui je. kalau awk nak cuba, boleh cuba insyaAllah🤗 tapi hati ii ya pakai picagari tu. pasti kan badan baby sedikit tegak masa bagi minum tu. takot tersedak

normal awak berat baby akan turun sebab akan mengecut sikit , baby saya lahir 2.57 timbang kk 2.3 maybe . kuning dia pun tinggi sampai kena ambik darah 3 botol , jangan cakapla saya punya stress tu camne dengan baby berjaga malam . kuning dia paling tinggi 270 lebih lepastu susah nak turun even dah macam petua ikut , susu pun kerap je bagi . sekarang ni dah 29 hari , Alhamdulillah berat dah 3.7kg . dia kuat menyusu , dua jam or sejam sekali mesti dia bangun nak susu . InshaAllah awak jangan sedih sedih tau , anggap je permulaan nak jadi seorang mommy lepasni okayla . semoga dipermudahkan urusan tau . saya banyak jugak dugaan nak dapat tittle ibu , kena kuat sikit tau

sye pun +ve gbs.. lps lahir sempat blek umah shari sblum 5 hri warded sbb rsult darah bby x ok.. tyme tu pn berat da drop dlm 100g.. tyme kt umah sye cbe bg susu bdn lme bby hsap tp still x knyang & nanges2.. last2 bg susu formula bru bby diam.. tyme 5 hri warded tu, ade 1 hri kne duduk bwh lampu sbb kuning.. ingtkn lps da klua hospital da ok.. rpenye ade kuning lg.. smbg plak check up kt kk.. memg penat fizikal n emosi.. bab susu plak, ble bby xde sye pam, tp sye x jge jdual pam ble bby blek sye x bley keep up dgn dmand bby.. last2 bg formula.. pas tu bby nipple confused plak.. last2 sye dcide fully formula.. sbb sye stress n penat nak jge jdual pam..

sabar ye ibu... awak kena positif dan kuat. klau sedih2 nanti susu pun kurang kualiti. makan makanan seimbang... klau anak bnyk sgt turun berat dan kuning tinggi, cuba pump susu awak... pastikan anak habiskan 3oz susu setiap 2 jam... klau anak tidur pun, kejutkan dia utk menyusu setiap 1-2jam. mmg kita rasa kesian nak kejut dia, tapi ni utk kebaikan dia juga... klau nak lekap direct pada breast, pastikan anak lekapan mulut anak tu cara yg betul. boleh minta bidan/nurse check betul tak anak awak menghisap. jgn malu, tunjuk je kat bidan. kesian baby klau kita tak bantu dia...

normal berat baby akan mengecut sedikit dr masa dia keluar. mcm baby sy keluar 3.52kg. pergi kk nurse timbang 3.39kg awak. untuk kuning awak kena kerap bagi baby susu utk turun kan kuning baby. 2jam sekali kena kejut baby bagi minum susu. if baby directfeeding pastikan awak xtukar posisi penyusuan dgn kerap. biar baby menyusu dn lepas sendiri breast awak sbb nk dpt kn susu akhir. susu tu yg boleh naikkan berat badan baby awak. baby yg kena kuning mmg akan tido. awak kena gerak. nak kurangkan kuning baby kena kerap membuang najis.

by the way sy gbs+ juga. sy start dgn contraction kerap. pergi hospital, doctor check dh 4cm. masa tengah tunggu nak masok labour room air ketuban pecah. mmg lencun kain pink hospital. terus panggil nurse sbb risau ada gbs+. kira masa masok labour room xsmpt on antibiotik pon. baby kena tahan utk pantauan 24j selepas bersalin. dn satu malam lg dkt ward biasa utk pantau incase baby ada pape. tp petang tu dh boleh discharge sbb baby okay. hmpir nk kena tahan sbb ada kuning. cuma time dkt hospital kuning tak tinggi. just continue check kuning dkt kk je skrg. hari ke 14 esok kena bawak baby lg skli. utk tengok kuning baby dh bawah 5 ke belom utk discharge baby

jangan stress ye sis..baby akan turun berat bila dah Ade kuning,anak sya pun mcm tu..just bagi bf setiap 2 jam,if breast Mula penuh n bengkak Urut sikit n pam .

bnyakkan bgi susu bdn. berkesan. saya buat mcm tu kat anak saya. kuning terus turun bnyak.

Anak puan berak kencing banyak tak? Lepas menyusu dia terus berak kencing x puan?

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan