2 Các câu trả lời

Yg ni susu hindmilk sis😉 Susu ibu tbahagi kepada dua 1.Susu Foremilk Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan dan memang cair. Mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi. Bayi pun reti dahaga. 2.Susu Hindmilk Selepas tu baru baby akan dapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat dan lebih berkrim. “Hindmilk” mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. “Hindmilk” boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Bagi mommy yang (sore nipple) Kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), susu ini lebih melembapkan serta dapat melegakan kesakitan pada puting susu ibu.

Bagus la awak ada süsü pekat. Yg tu süsü hindmilk.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan