Saya kalau bagi formula saya jarakkan 3jam. Sbb formula ni lagi mengenyangkan. Tapi timing skng saya mmg bagi baby susu 3jam sekali. Kalau bf baby kadang terbangun 2jam nak susu. Baby saya kadang2 jeluak jgk. Tapi mmg after feeding saya akan burping kan and makesure perut dia x kembung. After feeding and burping jangan terus baringkan baby. Kalau nak baringkan kena mengiring kan kejap layan2 baby tngok ada nak termuntah ke apa ke. Pastu saya suka urut perut baby. Buat tummy time. Kadang baby nampak mcm nak susu rupanya nak bedung nak sleep. Ni experience saya lah. Cuma kadang baby saya dah menyusu badan tapi nak menyusu lagi so mungkin susu badan saya x cukup sbb baby kuat menyusu badan. So saya bagi sikit formula. Senang cite baby ni kita kena pandai baca body language diorng. Kadang stress jgk saya. Tapi lama lama saya perhati baby ni kadang isap tangan tu or nangis x semestinya lapar. Tapi kalau baby sis asyik nak susu pastu jeluak je sis tngok perut dia kembung tak.
sama dengan bby sy, haritu jeluak 4 kali dalam seminggu. and lepastu gi KK. dr kata kurangkan oz dan kena double sendawa. tapi lepastu bby tak naik berat badan dan berak dia selalu cair dah hijau kehitaman. so saya tukar susu. alhamdulillah skrng dah okay, dah naik berat badan dan takde kembung lagi.
baby jeluak disebabkan terlalu banyak minum susu atau pon hidung tersumbat...kerapkan sendawakan die,kalau baby tak sesuai susu die akan berak sembelit...
time Menyusu pastikan kepala lebih tinggi dari badan. naikkan kepala baby tu . elak susukan dia time baring ..
baby jeluak tu tanda cukup susu. boleh sendawa kan bby lps menyusu tu
Anonymous