Saya nak share tp agak panjang juga. Puan kena jaga emosi semasa pam, baca ‘ya matin’ atau zikir susukan badan leh cari d gugel( doa muslim)
Pam ikut jadual, cuba jadualkan pam mulai jam 12 tghri 3,6,9 dan berakhir jam 12 mlm. Ulang2. Saya guna pam youha.
Bengkak susu. Sy x tuam air panas/sejuk. Mcm x membantu sangat. So, saya stndby ubat bengkak susu beli dekat klinik. Pastu, tekan payudara mana yg masih keras maknanya ada susu masih tersekat. Saya pam guna pam manual beli d shopee rm5 rasanya. Puas atu tgk lubang susu sana sini pancut2.
Pemakanan pula, saya amalkan minum susu nespray nestum utk pekatkan susu. Tambah susu, saya masak buah betik muda atau lobak putih. Tambahan, saya beli milk booster paket kecik2 kat shoppe kurma cina tu. Teringin juga makan jenis tablet tp belum ada keyakinan.
Rajin2 la basuh puting susu dengan air selepas pam atau selepas menyusukan. Kalau mandi tu saya berus dgn berus gigi lembut.
Alhamdulillah, x banyak tp cukup. Sehari boleh dapat 24-35 oz. kdg2 saya susukan badan, kdg2 sy buat stok. Depends la. Semoga dipermudahkan segala urusan ya🌹❤️
Thahira bt Mohamed Ali