Sudu susu susu ibu
https://www.facebook.com/groups/hbmommies/permalink/1508214529875702/ Ada ibu msg Kakdy..katanya 2 hari dia menangis bersama baby lepas bersalin di hospital. Baby menangis tu Biasa sebab memang baby baru dilahirkan mana boleh bercakap. Kalau baby baru lahir bercakap boleh kita minta nombor kat dia untuk pegi tikam 😂 Tapi menjadi tanda tanya kenapa ibu menangis sama sama lepas bersalin tu? Too happy ke? Sakit ke? Nak tahu apa jawapan dia?.. Tiap kali dia letak anak dia balik dalam bakul baby tu baby akan nangis. Tiap kali letak lagi nangis. Ibu dah rasa tak susu dia takda..baby tak cukup susu ke? Kenapa menyusu macam ok tp letak menangis? Ibu picit breast sampai melecet-lecet katanya..pedih habis nipple. Kenapa picit? Sebab nak tengok susu keluar ke tidak lepas bersalin. Dah picit susah nak keluar. Dia pam pula menggunakan breastpump. Ibu pump setiap 2 jam. Kakdy tanya baby kat mana masa tu? Jawap ibu "baby ada je sebelah saya kakdy tapi sebab saya tengok TT diorg cakap lepas bersalin nak susu banyak kena wajib pump 2jam sekali"...🤦♀️ Sudahnya ibu tahan sakit pedih kat nipple and breast sebab salah teknik marmet (perahan tangan) dan pakai breastpump corong size 27 dimana ibu tak tahu corong mesin perahan pun ada sizing..dan ibu tak tahu kenapa baby nangis sampai ibu tak boleh rehat...kena pegang je baby. 2 benda Kakdy nampak kat sini untuk ibu perbaiki...ni bagus untuk semua bakal ibu dan yg baru lepas bersalin eh...tolong study benda ni.. 1. Penyusuan selepas bersalin 2. Tangis tidur baby Ilmu penting. Kakdy taknak ulas banyak kat sini nanti korang boring baca. Tapi Kakdy akan guide dalam kelas online basic breastfeeding class pada Rabu 8/1 jam 8.30mlm. Siapa tak daftar lagi sila la daftar. Jangan sakit bersalin tak habis lagi tambah pula sakit kat nenrn tu...lepas bersalin kita nak tenang-tenang ni tak tenang dibuatnya. Lepas bersalin rata-rata majoriti mommies bayangkan susu dia memancut-mancut. Ini ternyata salah. Join la kelas untuk tambah ilmu penyusuan : https://forms.gle/6UKg4ZEkSRAMCyWy8 Ni semua ora g kuat Penyusuan Susu Ibu Pulau Pinang 🥰