Ibu GDM atau ibu yg ada diabetes. Baca ni ya

https://www.facebook.com/818242416/posts/pfbid02bSi3DvosAYsDvL6kd1YkMZ9pH3TX1JJfMWxzrCB5TKjdcwNq4tbc7vQfN8GpS5mzl/?app=fbl "I am worried.." Masa mesyuarat dengan Pakar-Pakar O&G baru-baru ni, seorang Pakar menyuarakan kebimbangannya betapa ramainya pesakit yang hamil sekarang dengan pelbagai masalah perubatan. Kalau dulu, punca kematian Ibu semasa mengandung dan bersalin adalah tumpah darah atau post partum haemorrhage tapi sekarang, situasi sudah berubah. Lebih ramai Ibu mengandung yang ada masalah kesihatan seperti diabetes dan obese. Muda-muda, mengandung anak pertama dah ada diabetes. Dan mereka bagaikan tak sedar yang kandungan mereka berisiko. Mereka juga berisiko. Bila ada obesity dan diabetes, Ibu ada risiko untuk dapat bayi tak normal atau cacat. Terutama bila gula tak kontrol masa awal kehamilan. Mereka juga berisiko untuk dapat darah tinggi dan pre-eclampsia. Ada juga yang balik-balik dapat jangkitan kuman bila paras gula tak dijaga. Apa yang merisaukan kami, ada yang memang dah ada diabetes dah bertahun-tahun dan dah ada komplikasi pada jantung tanpa mereka sedari. Bila mereka hamil, ia jadi satu faktor risiko yang signifikan kerana semasa hamil, keupayaan jantung akan teruji. Jantung perlu mengepam darah 2 kali ganda berbanding wanita tak hamil. Pernah kami dapat, Ibu meninggal disebabkan heart attack kerana komplikasi jantung dan diabetes. Ini situasi yang kami tak pernah jumpa 10 tahun dulu. Itu baru cakap tentang Ibu. Tentang baby, ada Ibu diabetes yang hanya kontrol gula bila masa nak buat BSP atau SMBG sebelum jumpa doktor atau nurse. Tapi kami tahu paras gulanya selalu tak kontrol kerana bacaan kencing hari jumpa doktor, ada glucose sampai 3+. Baby pun berat sampai 3-4kg. Ini petanda yang baby telah dapat komplikasi big baby disebabkan paras gula Ibu yang tinggi. Bila big baby, risiko untuk kelahiran tersekat (obstructed labour) dan kelahiran instrumental atau caesarian akan jadi lebih tinggi. Bayi pun kena monitor takut hypoglycemia selepas lahir. Untuk Ibu-ibu, fahami risiko anda. GDM bukan sekadar GDM. Dan ada masanya anda memang dah ada diabetes Type 2 yang perlu follow-up lebih rapi dan rawatan berpanjangan sampai lepas bersalin. Jangan cantikkan BSP atau SMBG untuk kami kat klinik/hospital. Kawal gula dengan exercise dan kontrol pemakanan. Elakkan jus yang kaya gula tak kiralah apa buahnya pun. Gambar hanya hiasan. Beginilah bila Ibu-ibu ada darah tinggi, memang balik-balik kena check selalu. #Membebelsayang

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời