HB ok tapi kenapa zincofer?

HB saya bulan ni 12.3. Nurse ckp HB normal, tapi kenapa dapat zincofer utk 15 hari? Normal ke? Kalau normal knp x bg zincofer utk 30 hr terus? Any idea? #bantujawab #SeriusTanya #ingintahu #firstmom

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Jika paras hemoglobin (HB) anda normal pada 12.3, tetapi diberi Zincofer untuk 15 hari, ini mungkin kerana Zincofer adalah tambahan zat besi yang mengandungi zink dan asid folik. Walaupun HB normal, penambahan zat besi mungkin diperlukan untuk memastikan bekalan zat besi yang mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi. Penting untuk mengikuti arahan doktor atau jururawat mengenai pengambilan Zincofer. Bagi soalan kenapa tidak diberi Zincofer untuk 30 hari, ini bergantung kepada penilaian keseluruhan kesihatan dan keperluan anda. Adalah penting untuk berbincang dengan pakar kesihatan anda jika ada sebarang kekeliruan atau kebimbangan mengenai rawatan yang diberikan. https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

Saya dulu pun dapat half je. Misi nak tengok badan sesuai ke tak. Sebelum dapat zincofer saya makan Maltofer. Beli kat pharmacy luar. Lepas dapat zincofer, tak serasi, misi bagitahu doc. Doc suruh stop makan zincofer dan makan balik Maltofer 3 bijik sehari. Alhamdullilah HB naik and maintain balik. Lagipun kalau misi bagi Zincofer, awak dah tak perlu makan supplement lain termasuk folic asid. Sebab dalam zincofer dah ada semua vitamin yang preggy mom perlukan. Cuma the way you amik iron tablet tu je kena betul. Kalau tak makan macam mana pun iron tak serap.

Đọc thêm

biasanya ubat diberi bergantung pada berapa banyak ubat dipacking dalam 1 peket. ubat² ni memang nurse ambil dari stok yg diberi. kalau sis rasa tak cukup, sis boleh je minta dekat nurse. mungkin juga sebab nak tengok sis serasi ke tak dengan zincofer sbb mostly tak ngam minta tukar ubat lain. kadang nurse bg sikit sebab ada yg appointment seminggu sekali, ada yg 2 minggu sekali. jd ubat tu akan diberi pada setiap kali appointment. tak ada apa² masalah pun sebenarnya 😊 tak perlu risau.

Đọc thêm

HB cantik tak bererti takkan turun sis. Saya pun awalnya HB cantik. Tapi lama lama dia turun jugak. Even makan iron tablet sekali pun. HB awak takkan maintain bacaan yang sama setiap appt ya. Jadi apa yang KK bekalkan tolong amik dengan tertib. Makan iron tablet 1-2 jam sebelum/selepas makan. Jangan amik dengan kopi/coklat/teh/susu/air soda. Kalau ada minum benda benda ni, jangan makan iron tablet 1-2 jam.

Đọc thêm
5mo trước

Kan. Saya yang bukak buku dulu HB 13, sekarang 29w HB turun jadi 9 😂 tak memasal kena IV Iron 😂

semalam saya baru je check up. nurse bagi 2 papan. saya kena makan 1 biji pagi 1 biji malam. appointment saya 2 minggu sekali. jadi akan tak cukup. dahlah kerja, susah sikit nak pergi ambil ubat. saya inform nurse, nurse bagi lagi sepapan. sebenarnya awak kena ingatkan nurse. ubat dah habis kat rumah. nanti dia kiralah berapa papan ubat nak bg kat kita.

Đọc thêm

nurse saya siap tanya lagi ubt tggl berapa nnty dia surat soh amik ubt. skrg saya makan iberet 2 biji kne beli sndry kt farmasi so nurse tetap jugak tnye tggl berapa 2 mggu skli akan cek hb sbb saya ade anemia hampir jatuh ke 9 skrg bacaan da start okk 11.89 mcm tu. tp jenuh gak nk bg naik saya kne makan iberet 2x sehari

Đọc thêm

saya pernah dapat 15 biji. tak sampai utk sebulan. then tanya doktor yg prescript tu, dia kata mkn selang sehari. kerana sy ok je takde masalah apa-apa. jd sebulan sekali sy mkn mcm tu. obimin pun selang sehari. iberet je kena mkn setiap hari. sbb yg ni dpt masa trimester ke-3

kalau appointment 2mgu-2mgu mmg dibekalkan mcmtu sis.. mcm sy skrg..dh appointent 2mgu skli..jdi frmsi mmg sediakn ubat selama 2mgu,nt appointment lg dia bg lagi.. kalau appointment sbulan skli,frmsi bgi utk sebulan terus..

5mo trước

hb 12.3 tu cantik dh.. shri sbji kan.. mcm sy hritu hb turun dia bg 2bji sehari.. dh naik blik hb dibgi sbji sehari..

Influencer của TAP

kalau sis ada appointment lagi 2 minggu, memang dia akan bagi bekal 2 minggu je. dia kena simpan make sure cukup stok untuk patient lain juga. atau kalau tak serasi, nanti boleh tukar lain. standard procedure.

saya pernah dapat zincofer utk 15 hari juga... saya double confirm dgn nurse ttg zincofer. katanya kena datang sehari sebelum suppliment tu habis untuk dapatkan zincofer lg