1 Các câu trả lời

hi awak, kalau anak awak nampak okay & berak kencing mcm biasa, inshaAllah tak ada apa. Tapi andai awak masih tak sedap hati valid je nak bawa anak jumpa doc sebab hati naluri ibu lebih mengetahui. Berbalik pada soal ibu awak bagi makan sepatutnya kena minta kebenaran awak dulu. Awak berhak halang bagi makan sebab itu anak awak. Tambah² kalau anak full DF. Mungkin awak boleh slow talk dgn mak awak; carilah perkataan/ayat yang berlapik & gunalah intonasi suara yg tak mengundang reaksi negatif dari mak awak. FYI, nestum even anak dah start boleh makan pun bukanlah permulaan makanan yang baik. Nurse² KK pun memang tak akan sarankan bagi anak start makan dgn nestum sebab ianya penuh dengan gula--benda yang sememangnya kena elak bagi kat baby. Awak boleh search up kat internet; kalau boleh print out tunjuk kat mak tak elok sebenarnya bagi baby nestum. Apa² pun semoga ada penyelesaian yang baik antara awak & mak awak. Semoga baby awak sihat sejahtera & membesar dengan baik.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan