5 Các câu trả lời

Hai mom, saya ada pengalaman macam ni, tapi masa tu saya baru first trimester 9w, saya pegi klinik biasa untuk check, pendarahan saya mula sikit je, pastu perut start rasa sakit macam period cramp, pastu start banyak, duration dalam 2 minggu, bukan rezeki saya dan suami masa tu, klinik kata cuma pendarahan biasa, hakikatnya anak saya dalam bahaya, saya miscarriage. Bila pregnancy kedua jadi benda yang sama seawal 4w, saya dan suami terus refer klinik Pakar O&G. Bayaran mahal sikit, tapi alhamdulillah, pendarahan saya stop. Turns out, saya ada masalah hormon jadi effect pregnancy saya. Tapi syukur sampai hari ni tak ada bleeding dah. Saya dah nak masuk 5 bulan dah sekarang. Jadi saya rasa, lebih baik kalau puan refer pada klinik pakar, kalau dah ada buku pink, buat je appointment dengan KK untuk check masalah ni. Pendarahan semasa hamil tak normal.

Saya pegi Klinik Al-elaj Dr Izzat kat KL. Boleh cuba Google. Klinik selesa, klinik assistant pun baik semuanya, doctor Izzat pun sangat baik, dia terangkan semua soalan kami dengan jelas. And dia ambil masa untuk dengar masalah kita. Bila scan pun dia terangkan satu satu apa yang kita nampak, and dia tak rushing bila rawat patients. Range harga pulak sepanjang saya visit kat sana, harga bermula dari RM200 dan tak pernah lebih RM500. Cuma kena tengok berapa kali appointment dalam sebulan la, kalau banyak kali kena jumpa, banyak sikit costnya. Tapi Alhamdulillah, servis yang diberikan setimpal harga. Saya dah serik pegi klinik biasa untuk pregnancy, jadinya lebih selesa bayar lebih sikit.

dalam bab kehamilan, tiada apa apa darah seperti haid kecuali Pendarahan. Kalau puan sedang alami, itu bukan period. itu adalah pendarahan dan merbahaya pada kandungan ya. better pergi check up cepat sebelum terlambat.

sis dah berapa weeks? tak normal if ada bleeding tambah sakit pulak dekat perut.

Kalau ada pendarahan masa mengandung, puan kena ke hospital utk check

anything ada masa mengandung ada pendarahan..terus pg hsptl sis..

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan